Faisal Asyraf
PETALING JAYA: Bedah siasat ke atas mayat wanita yang disimen dalam kolah bilik air di Klang dipercayai meninggal dunia akibat dijerut.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.
“Setakat ini kita tidak pasti sama ada dia dicekik. Berdasarkan pada tanda (di leher) dia mungkin telah dipukul,” katanya kepada FMT, sambil menambah identiti mangsa belum dapat dipastikan warga tempatan atan asing.
Semalam, seorang penduduk asing berusia 53 tahun ditahan reman sehingga 11 Dis untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong berkata seramai 10 orang dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut.
“Bantuan kedutaan dan interpol juga dipohon bagi mengesan dua suspek lelaki warga asing yang telah dikenalpasti,” katanya.
Sebelum ini polis berkata mereka sedang mengesan dua lelaki yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh merupakan penyewa di rumah berkenaan dan berpindah pada Nov 2021.
Wanita itu ditemui selepas pemilik rumah mengupah kontraktor untuk mengubahsuai tandas yang membawa kepada penemuan mayat disimen dan ditanam didalam kolah rumah berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan