Bayaran haji B40 RM12,356, M40 RM19,152

Malaysiakini

Bayaran haji muassasah bagi B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala bagi M40 pula sebanyak RM19,152.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman berkata kos haji haji muassasah tahun ini meningkat dari RM30,850 kepada RM33,300.

Katanya surat tawaran kepada 31,600 jemaah dikeluarkan bermula hari ini dan perlu dijawab dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI, lapor BH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan