Berjaya mengalahkan Arsenal membuatkan Klopp tersenyum lebar

Bhonline 
Pemain Liverpool, Luis Diaz (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menundukkan Arsenal 2-0 pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

LONDON: Jurgen Klopp menyanjung semangat juang Liverpool ketika mereka menyentap cabaran Arsenal dengan kemenangan 2-0 pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris awal pagi tadi.

Anak buah Klopp dihujani serangan bertali arus Arsenal di Stadium Emirates sebelum dua gol pada lewat aksi membantu kemenangan getir mereka.

Pemain Arsenal, Jakub Kiwior menanduk masuk sepakan percuma Trent Alexander-Arnold ke dalam pintu golnya sendiri pada minit ke-80 sebelum Luis Diaz melengkapkan kemenangan dengan gol kedua pada minit kelima masa kecederaan.

Dengan ketiadaan Virgil van Dijk yang tidak sihat, selain Mohamed Salah dan Wataru Endo kerana tugasan antarabangsa, Liverpool mempamerkan karakter diperlukan untuk memenangi trofi musim ini.

"Akhirnya kami berjaya melepasi halangan ini. Saya terlalu gembira kami mampu menang perlawanan ini. Arsenal boleh memenanginya tanpa diragu-ragu. Kami menamatkan cabaran mereka dan ia membuktikan karakter pemain," kata Klopp.
Penyerang Liverpool, Darwin Nunez (kiri) bersaing dengan pertahanan Arsenal, Ben White pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto AFP
Penyerang Liverpool, Darwin Nunez (kiri) bersaing dengan pertahanan Arsenal, Ben White pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto AFP
"Saya amat bangga. Ia satu undian yang terlalu sukar. Mungkin paling sukar yang boleh kami dapati.

"Ia bukannya satu perlawanan mudah yang boleh dinikmati pada babak pertama. Kami mengubah sedikit ketika rehat.

"Kami benar-benar berada dalam perlawanan pada babak kedua. Kami menjaringkan gol dan berjuang dalam tempoh 95 minit."

Ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool memburu empat trofi dan berdepan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Fulham pada pertengahan minggu ini, Klopp berasa lega untuk mengelak perlawanan ulangan Piala FA.

Liverpool unggul dua mata di depan pasukan tangga kedua Aston Villa dan lima mata berbanding pasukan tangga keempat Arsenal ketika mereka memburu kejuaraan pertama sejak tahun 2020. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan