Isteri dan anak lelaki Daim akan disiasat SPRM esok

Malaysiakini 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok.

Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini.

SPRM kini sedang menjalankan siasatan terhadap Daim berkaitan pendedahan mengenai kekayaannya dalam Kertas Pandora.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan