FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Setapak selepas menikam isterinya dalam satu kejadian pagi tadi.
Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata, pasangan berkenaan dipercayai bertengkar ia sebelum berakhir dengan tragedi itu yang berlaku kira-kira jam 11.15 pagi.
“Siasatan mendapati pertengkaran pada mulanya berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan isterinya.
“Suspek kemudian bertindak menikam isterinya di bahagian dada dan lari ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.
Ashari berkata suspek yang berumur 44 tahun itu kemudian ditemui maut berhampiran kolam renang di tingkat bawah.
Katanya, isteri suspek berumur 37 tahun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut akibat cedera ditikam.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan