Bhonline
Pesawat penerbangan kendalian All Nippon Airways Jepun dari Tokyo ke Seattle, Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo selepas seorang penumpang dilaporkan menggigit lengan seorang kru kabin. - Foto AGENSI
TOKYO: Sebuah pesawat penerbangan kendalian All Nippon Airways Jepun dari Tokyo ke Seattle, Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo hari ini selepas seorang penumpang dilaporkan menggigit lengan seorang kru kabin, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai warga AS itu ditahan oleh polis Tokyo sejurus pesawat mendarat kerana menyebabkan kecederaan, menurut Agensi Berita Kyodo.
Insiden itu berlaku pada malam Selasa semasa pesawat penumpang penerbangan 118 sedang terbang di ruang udara Pasifik.
Motif lelaki itu bertindak sedemikian masih disiasat. - BERNAMA-XINHUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan