Restoran October 7 dibuka di Jordan membuat Israel berang

Bharianonline
Restoran October 7 dibuka di Kerak, Jordan. - Foto X
Restoran October 7 dibuka di Kerak, Jordan. - Foto X
LONDON: Pembukaan sebuah restoran di Jordan baru-baru ini yang dinamakan October 7 mencetuskan kemarahan rejim Zionis kerana didakwa mengagungkan tarikh serangan Hamas ke atas Israel tahun lalu.

Rakaman video restoran shawarma dan piza di bandar Kerak, yang kelihatan pada mulanya muncul dalam laporan laman web berita tempatan Khaberni, tersebar luas di media sosial pada Khamis lalu.

Naming a restaurant October 7 and then they have the audacity to cry Islamophobia.

This cult is a curse to mankind ️pic.twitter.com/nRpUkyTmNQ

— Curly Jeevi (@curlykrazy07) January 25, 2024

Ia menunjukkan kakitangan yang memakai pakaian seragam tertera nama restoran terbabit berbual mesra dengan seorang yang jelas teruja di belakang kamera.

Memetik laporan Arab News, rakaman itu menimbulkan reaksi pantas dan kemarahan daripada pihak berkuasa Israel dan media di negara itu.

"Mengagungkan 7 Oktober yang memalukan harus dihentikan," ketua pembangkang dan bekas perdana menteri Israel, Yair Lapid menulis dalam mesej yang disiarkan di platform media sosial X. Dia menggesa kerajaan Jordan "mengutuk perkara itu secara terbuka dan tanpa berbelah bahagi."

Menjawab soalan daripada organisasi media Jordan Roya News, pemilik restoran, yang dipanggil Sarayrah, berkata ia dinamakan sempena tarikh anak perempuannya menamatkan pengajian di universiti di Algeria.

Dia mengkritik Israel, merujuknya sebagai "negara yang rapuh dan lemah," dan pihak berkuasa di negara itu kerana terbabit dalam pertikaian dengan restoran dan menganggapnya sebagai elemen hubungan antarabangsa.

Akhbar Israel Yedioth Ahronoth berkata nama restoran itu adalah antisemitik dan menunjukkan kemerosotan hubungan antara Israel dan Jordan. Ia menambah bahawa ia akan memburukkan lagi ketegangan sedia ada antara negara dan menimbulkan persoalan mengenai kerumitan hubungan serantau.

Beberapa pengulas dalam talian menyatakan perniagaan lain di Palestin dan Jordan sebelum ini telah menyatakan sentimen anti-Yahudi.

Seorang pengguna media sosial memetik laporan November tahun lalu bahawa kedai Gosta Coffee di bandar Zarka, Jordan menghidangkan minuman yang dipanggil "HolaGosta," merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai Nazi ke atas Yahudi ketika Perang Dunia Kedua. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan