NUR AIMI HAZIRAH
TANGKAP layar perkongsian video yang tular di aplikasi X.
PETALING JAYA: Seorang warga Rohingya dikatakan menyamar sebagai wanita cuba untuk pecah masuk kereta di kawasan kedai sekitar Banting.
Menerusi video perkongsian di aplikasi X, dilihat memegang pintu kereta dalam tempoh yang lama ketika sedang diletakkan di tempat letak kenderaan.
Warga asing yang dipercayai lelaki itu juga menyamar dengan berpakaian seperti wanita yang bertudung selain pemakaian pelitup muka.
Video tular berdurasi 17 saat itu menunjukkan pemandu kereta berkenaan merakam aksi warga asing tersebut yang dikatakan tidak tahu akan keberadaannya di dalam kereta kerana cermin tinted.
Namun setelah ‘kantoi’ sedang dirakam dari dalam, warga Rohingya berkenaan akhirnya memutuskan untuk beredar.
Warganet yang tertanya-tanya dengan kelakuan aneh warga asing tersebut selain risau akan motif penyamaran turut meninggalkan pesanan di ruangan komen.
“Jelas muka lelaki walaupun pakai mask… Dada itu pula erm… Memang diletakkan sesuatu,” komen @NorJ_Ahmad.
“Weh, seramnya. Guys terutama girls dekat luar sana, nak masuk kereta tolonglah kunci kereta. Ingat tau!,” tulis @nawalysmn.
“Inilah gunanya cermin tinted. Nak elakkan manusia macam ini tengok apa barang boleh curi,” kata @marshimerrow. – UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan