Anggota polis maut terkena tembakan ketika operasi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang anggota polis Cawangan Khas (SB) dilaporkan maut selepas dipercayai terkena tembakan ketika menjalankan pemantauan di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik, Kedah, semalam.

Koperal polis berusia 39 tahun itu adalah dari Bahagian Anti Pengganas (E8) yang menyertai pemantauan terbabit pada 27 Februari lalu.

Difahamkan, mangsa masuk ke kawasan hutan simpan berkenaan bersama dua individu lain sebelum disedari dia belum pulang ke markas penginapan.

Sepasukan polis kemudiannya masuk ke hutan untuk mencarinya di kawasan berkenaan sebelum menemui kenderaan mereka di tepi jalan berhampiran.

Menurut sumber, seorang individu yang bersama dengan mangsa kemudian memberitahu berlaku insiden tertembak yang terkena mangsa.

“Pada 8 pagi hari ini, mangsa dibawa keluar daripada hutan simpan berkenaan dan dibawa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah Fisol Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan