AFP
LOKASI mayat Jesse Baird dan Luke Davies ditemukan. FOTO Agensi
Sydney: Polis Australia menemui mayat pengacara televisyen dan rakannya seorang pramugara di kawasan luar bandar di luar Sydney pada Selasa.
Penemuan itu hasil maklumat diperoleh daripada seorang anggota polis yang didakwa atas kejadian pembunuhan itu.
Penemuan itu menamatkan pencarian wartawan hiburan Jesse Baird, 26, dan pramugara Qantas Luke Davies, 29, yang dilakukan selama hampir seminggu.
Seorang konstabel polis berusia 28 tahun yang pernah menjalinkan hubungan dengan Baird didakwa dengan dua pertuduhan membunuh.
"Kami sangat yakin sudah menemui Luke dan Jesse.
"Maklumat ini diperoleh hasil maklumat daripada suspek sendiri," kata ketua polis New South Wales Karen Webb, sambil menyatakan keluarga kedua-dua mangsa menerima berita itu dengan sedih, bagaimanapun lega
MAYAT Luke Davies dan Jesse Baird ditemui selepas seminggu pencarian. FOTO Instagram
Polis percaya pasangan itu ditembak di sebuah rumah di tengah Sydney sebelum dimuatkan ke dalam beg papan luncur dan diangkut ke kawasan luar bandar kira-kira dua jam pemanduan dari bandar.
Ujian balistik menunjukkan peluru yang ditemui di apartmen itu sepadan dengan senjata api milik polis.
Senjata itu kemudiannya ditemui di dalam peti besi balai polis.
Polis mendakwa pembunuhan itu 'bersifat domestik'.
Mayat kedua-dua mangsa belum dikenal pasti secara rasmi dan bedah siasat akan diadakan untuk mengesahkan punca kematian, kata polis.
Suspek pernah menjadi pengejar selebriti dan penulis blog sebelum menyertai pasukan polis.
Dia pernah bergambar dengan beberapa bintang termasuk Taylor Swift, Miley Cyrus, Lady Gaga dan Ben Stiller.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan