Tahu pulak takut dan minta maaf, penyundal PN ni

Dd Chronicle mohon maaf
Oleh
NURATIKAH ATHILYA HASSAN
Tangkap layar video permohonan maaf Dd Chronicle pada Rabu.
Tangkap layar video permohonan maaf Dd Chronicle pada Rabu.
SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial, Dd Chronicle tampil memohon maaf berkaitan video parodi yang tular sejak Selasa lalu kerana didakwa mempersendakan keputusan mahkamah yang membatalkan enakmen kanun jenayah syariah.

Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, mengakui kesilapan berlaku kerana terlepas pandang dan tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi.

Justeru, atas kesedaran tersebut beliau bertindak memadam video berkenaan demi menghormati undang-undang.

"Sebenarnya saya tiada masalah dengan isu baru-baru ini, cuma risaukan masalah yang akan datang apabila undang-undang agama kita terkulai begitu sahaja, maka terhasillah video itu.

"Saya tiada niat menghasut mana-mana pihak untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan sebaliknya mahu menunjukkan situasi jika undang-undang syariah tidak diperkasakan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video yang berdurasi tiga minit 55 saat yang memaparkan tindakan pempengaruh itu melakonkan semula perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

Situasi berkenaan mendapat kecaman warganet dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Dd Chronicle kerana sudah melampaui batas.

Susulan itu juga, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) akan membuat laporan polis secara serentak seluruh Malaysia pada Jumaat ini jam 3 petang.

Bagaimanapun, Dd Chronicle bersikap terbuka menerima sebarang tindakan yang bakal diambil, namun berharap laporan dilakukan atas dasar menjaga agama dan perlembagaan, bukan kerana musuh politik.

“Untuk Pemuda Amanah, anda memang 'steady’ kerana cakna dengan isu agama dan undang-undang. Sama dengan saya, tetapi cara kita berbeza.

“Cuma kali ini ada kesilapan daripada pihak saya. Sebenarnya elok juga buat begini sebab saya pun manusia bukan selalu betul dan kena ada yang mengingatkan," ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengulangi kesilapan sama yang telah dilakukannya dengan menjadikan video parodi sebagai ‘bahan’ fakta.

Tambah Dd Chronicle, selepas ini dia akan lebih berhati-hati terutamanya apabila melibatkan isu 3R (agama, raja dan kaum).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan