Malaysiakini
Khat pada pakaiannya itu sebenarnya perkataaan "halwa", yang bermaksud cantik dalam bahasa Arab.
Menurut BBC, wanita itu bagaimanapun diselamatkan pihak polis yang membawanya ke balai polis berdekatan, di saat kira-kira 300 orang berkumpul di luar sebuah restoran, di mana insiden itu berlaku.
Asisten Superintendan Syeda Shehrbano berkata polis bergegas ke restoran itu selepas menerima aduan berkenaan perkara itu, kira-kira pada pukul 1.30 petang.
“Tiada siapa pun tahu akan maksud perkataan yang tertulis di baju wanita itu.
“Kami berusaha membawa wanita itu keluar untuk dibawa ke tempat yang selamat,” kata Sherbano.
Rakaman kejadian itu tular di media sosial, antaranya menunjukkan seorang wanita yang ketakutan di sudut restoran sambil menutup mukanya dengan tangan.
Rakaman lain pula memaparkan Sherbano menghalang orang daripada mendekati wanita itu. Video-video lain pula memaparkan perusuh menggesa dia menanggalkan baju tersebut, selain laungan bahawa mereka yang menghina agama perlu dihukum bunuh.
Menurut Sherbano lagi, pihak polis berusaha meyakinkan kalangan yang merusuh yang wanita itu akan dipertanggungjawabkan jika dia memang telah melanggar undang-undang.
Bagaimanapun, menurut BBC lagi, beberapa agamawan kemudian mengesahkan teks pada pakaiannya adalah khat Arab, bukannya petikan al-Quran.
Polis kemudian meminta mereka merakam video untuk menjelaskan perkara itu dan menyatakan wanita itu tidak bersalah.
Pada masa sama, wanita itu turut memohon maaf jika dia telah menencetuskan salah faham, dan menjelaskan dia seorang Muslim yang taat dan tidak akan menghina agama.
"Saya tetap mohon maaf atas apa yang berlaku, dan akan pastikan ia tidak akan berulang," katanya lagi.
Bekas penasihat perdana menteri, Tahir Mahmood Ashrafi pula berkata kalangan yang merusuh yang sepatutnya memohon maaf, bukan wanita itu.
Undang-undang Pakistan memperuntukkan sesiapa yang didapati melakukan kesalahan menghina agama boleh dihukum bunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan