Dua pekerja restoran India curi beg pelancong Malaysia

Bernama

NEW DELHI – Dua pekerja restoran di Selatan India didapati mencuri beg mengandungi wang tunai dan pasport milik satu keluarga pelancong dari Malaysia.

Pasangan suami isteri dari Malaysia itu dan anak perempuan mereka dalam perjalanan dari Bandar Tricy di Tamil Nadu menuju ke Puducherry dengan kereta pada Ahad dan mereka singgah di kawasan Samayapuram untuk makan tengah hari, menurut laporan laman sesawang akhbar Times of India.

Mereka tertinggal beg yang mengandungi tiga pasport, seutas gelang tangan, wang tunai dan kad pengenalan di restoran itu.

Polis kemudian mendapati menerusi rakaman kamera litar tertutup bahawa beg itu telah dicuri oleh pasangan suami isteri yang bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai telah menghubungi balai polis Samayapuram untuk membantu pelancong Malaysia itu mengenai kehilangan dokumen perjalanan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan