Harapandaily
Seramai 77,152 keluarga miskin tegar dan miskin terdapat di Kelantan dengan 14,092 daripadanya adalah miskin tegar.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, jumlah itu meningkat kepada 4.1 peratus berbanding sebelum ini.
Jelasnya, data itu dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Kelantan menerusi mesyuarat terbaharu yang diadakan pada 22 Januari lalu berkenaan jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Kelantan.
“Pendapatan keluarga bagi miskin tegar adalah RM1,199 dan bagi miskin pula adalah RM2,199,” katanya.
Izani berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Shaari Mat Yaman (Pas-Bunut Payong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan