AKMAL MANAF
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong meninggal dunia pagi tadi.
Pemergian wakil rakyat dari DAP itu dimaklumkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di Facebook miliknya, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga.
“Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong, serta seluruh sahabat dan anggota di dalam Parti Tindakan Demokratik yang kehilangan tokoh berpengalaman.
Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mendoakan agar mereka semua diberi kekuatan menempuh detik mencabar itu.
Mendiang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013.
Kali pertama mewakili kawasan itu, Kee Hiong menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan