(Gambar) Ular tedung tercekik botol ubat batuk

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan ular tedung itu tercekik botol ubat batuk. - X
NEW DELHI – Seekor ular tedung nyaris mati selepas botol ubat batuk tersangkut di dalam mulutnya, lapor portal berita Serambinews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh pegawai Perkhidmatan Hutan India, Susanta Nanda, ular itu bergelut kerana tidak dapat memuntahkan botol tersebut daripada rahangnya.

Reptilia tersebut juga kelihatan seperti sukar bernafas sebelum ia dibantu oleh penduduk tempatan dan anggota sukarelawan. 

Tidak lama kemudian, mereka berjaya mengeluarkan botol ubat batuk itu lalu melepaskannya kembali ke dalam hutan.  

Kejadian berlaku di Bhubaneswar, negeri Odisha.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji tindakan mereka, di samping memberi amaran agar orang ramai tidak membuang sampah merata-rata. 

“Terima kasih kerana membantu makhluk yang hidup itu,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Inilah sebab undang-undang membuang sampah perlu diperketatkan terutamanya di kawasan perlindungan,” kata netizen lain. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan