Lelaki diliwat kenalan gimnasium

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Polis giat mengesan suspek lelaki yang didakwa meliwat lelaki warga Bangladesh di sebuah kondominium di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, selepas melarikan diri, usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

"Belum ada tangkapan lagi selepas suspek melarikan diri dan siasatan lanjut dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia diliwat di sebuah kondominium, di sini, Khamis lalu.

Mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan