Penarik kereta dakwa ditendang anggota polis

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Subang Jaya: Polis menyiasat dakwaan penarik kereta ditendang anggota polis di kawasan berhampiran Subang Perdana Goodyear Court 3, di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku pada awal pagi tadi dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sudah menerima laporan yang dibuat lelaki berusia lewat 20-an.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham antaranya dengan anggota polis sebelum dia ditendang anggota polis terbabit.

"Mangsa sudah dirujuk ke hospital dan kita sedang menunggu laporan pemeriksaan perubatan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan