Agensi
Foundation yang mencari ‘rumah baharu’ untuk tiga anjing itu mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen. FOTO Watchdog Thailand Foundation/ Facebook
Bangkok: Remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga adik kepada pemilik tiga anjing baka 'American Bully', maut selepas diserang dua haiwan itu di rumah mereka di daerah Muang, Lopburi, Jumaat lalu.
The Nation melaporkan, Balai Polis Tha Hin menerima laporan pada 31 Ogos bahawa Adisak Chansakunnee, 18, maut diserang anjing berkenaan di tingkat bawah rumahnya.
Seorang doktor mengesahkan mayat mangsa ditemukan polis, kira-kira 12 jam selepas kematian mangsa.
Kedua-dua anjing bernama Fino dan Tesla itu adalah milik abangnya, Apisit Chansakunnee juga pegawai polis.
Dia memelihara tiga anjing baka itu di Bangkok dan membawanya bersama-sama ketika berpindah ke rumahnya di diLopburi kira-kira 150 kilometer (km) timur laut ibu negara Thailand itu, seminggu sebelumnya. Anjing itu dibawa untuk menjaga ibunya.
Tank Gas, ibu kepada dua anjing berkenaan, turut berada di dalam rumah itu dan didapati mengalami kecederaan di kakinya.
Ibu Apisit memberitahu akhbar Thai, Khaosod, pada masa kejadian dia cuba menyelamatkan Adisak tetapi tidak dapat menghalang dua anjing berkenaan.
Difahamkan, selepas berpindah ke Lopburi, Apisit mengunci ketiga-tiga anjing itu di dalam bilik tidurnya di tingkat dua rumah berkenaan.
Polis berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu pada malam 30 Ogos menunjukkan Adisak berjalan ke tingkat atas dan ke bilik tidur abangnya untuk bermain dengan tiga anjing itu.
Rakaman video itu kemudian menunjukkan remaja diserang oleh anjing itu sebelum dia melarikan diri ke tingkat bawah di mana dia ditemukan mati.
Dalam pada itu, Apisit berkata, Adisak cuba bermain dengan dua anjing muda itu tanpa mengetahui cara melakukannya dengan selamat.
Selain itu, dia menganggap kedua-dua anjing itu mungkin mengalami tekanan kerana dia tiada di rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan