Dibelasah jika tolak melacur, Imigresen selamat 7 wanita Vietnam

FMT Reporters

PETALING JAYA: Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.

Pihak berkuasa itu menyerbu premis terbabit dalam operasi pada 11.23 malam yang membawa kepada penemuan wanita warga asing berusia 32 hingga 45 tahun, didakwa dipaksa melacur dengan bayaran RM60 setiap pelanggan.

Katanya, berdasarkan maklumat aduan, mangsa dilaporkan telah dikurung di premis tersebut dan dipukul jika enggan mengikuti arahan.

“Semua wanita itu masuk sebagai pelancong, tetapi dipaksa dan dieksploitasi sebagai pekerja seks di premis tersebut.

“Premis ini dikawal ketat oleh ‘kapten’ warganegara Bangladesh dengan dipantau sepanjang masa melalui kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan.

Imigresen berkata, pasport mangsa dipegang individu dipercayai ejen.
Seorang wanita Vietnam cedera akibat dipukul.
“Mereka hanya dibayar RM60 bagi setiap pelanggan dan pergerakan dikawal ketat, termasuk larangan keluar untuk membeli makanan dan barang keperluan.”

Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Imigresen menyeru sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Pencegahan Atipsom & Amla di talian 03-8880 1471 atau urusetia_p@imi.gov.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan