Kelantan: Akta rokok kuat kuasa, tahap kesedaran masih rendah

Bernama

KOTA BHARU: Tahap kesedaran rakyat Kelantan masih rendah terhadap kesan buruk amalan merokok, aktiviti promosi, dan pemasaran yang tidak beretika walaupun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah berkuat kuasa pada 1 Okt.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Husin, berkata berdasarkan pemerhatian dan penguatkuasaan, pihaknya mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.

“…pihak penguat kuasa tidak boleh berada di semua tempat untuk melakukan penguatkuasaan pada setiap masa maka ia terserah kepada kesedaran dan sikap tanggungjawab individu itu.

Kita juga telah mengeluarkan sebanyak 1,443 advokasi dan 12 notis Seksyen 47 di bawah Akta 852, katanya ketika merasmikan Operasi Mega Penguatkuasaan Akta 852.

Beliau berkata, melalui operasi itu, sejumlah 1,201 premis telah dikunjungi oleh Jabatan Kesihatan Negeri, termasuk empat kedai khas bagi produk rokok, 52 kedai serbaneka, 49 kedai runcit, dan 502 premis makanan.

Operasi itu melibatkan 190 anggota lima agensi antaranya polis, kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan serta Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan