KOSMO
Tangkap layar menunjukkan wanita-wanita itu berpiknik sambil memainkan lagu yang rancak di tengah perkuburan. - X
JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan aksi sekumpulan wanita yang berkelah di tengah sebuah kawasan perkuburan di Indonesia, lapor saluran berita Abata News baru-baru ini.
Rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @kegblgnunfaedh itu menunjukkan mereka menyediakan makanan yang dibawa dari rumah sambil duduk di atas tikar.
Lebih mengejutkan, seorang wanita itu membawa sistem pembesar suara dan memainkan lagu rancak seperti mengadakan konsert di tepi pantai.
“Bukan piknik di pantai, tetapi di kubur,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 169,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Pentingnya mempunyai adab dan etika,” sindir seorang netizen.
“Kalau ada masalah jumpa pakar psikiatri,” kata netizen lain. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan