‘Terpaling’ romantik, remaja disaman guna nombor plat nama kekasih

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan pasangan itu ditahan oleh seorang polis trafik. - Instagram
JAKARTA  –  Perbuatan seorang remaja di Yogyakarta yang mengubah suai nombor pendaftaran motosikal seperti nama teman wanitanya mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Abatanews semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @memomedsos menunjukkan sepasang kekasih ditahan oleh anggota polis trafik. 

Semasa pemeriksaan, dia mengaku bahawa nombor pendaftaran ‘R 4 NI’ itu merupakan nama kekasihnya yang dikenali sebagai Rani. 

Lebih menarik, ia dilakukan atas sebab cinta dan sayang. 

Pemuda itu kemudian disaman kerana melanggar peraturan lalu lintas. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Nanti dah putus (kekasih), ganti nombor ‘plat’ baru pula,” sindir seorang netizen. 

“Nak bercinta boleh, pastikan tahu peraturan lalu lintas dulu!” komen netizen lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan