KOSMO!
SEORANG suami ditangkap kerana menembak isterinya. - Foto Khaosod
BANGKOK – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menembak isterinya yang menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal berikutan pertengkaran sengit antara mereka, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Kejadian itu berlaku di sebuah kediaman di Pak Phanang, wilayah Nakhon Si Thammarat selepas pasangan itu berbalas kata-kata kesat semalam.
Wanita itu dibawa ke Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat oleh pekerja penyelamat selepas polis menemuinya cedera di bahagian dada.
Suspek berusia 33 tahun melarikan diri dari tempat kejadian, namun akhirnya ditahan di Bang Chak, Mueang Nakhon Si Thammarat.
Semasa soal siasat, suspek mengaku melakukan jenayah itu.
Lelaki itu berkata, ketika kejadian, dia bertengkar dengan isterinya. Menurut suspek, dia berang kerana si isteri menghina ibu bapanya dengan kata-kata kesat.
Cercaan itu menyebabkan dia mengambil senapang patah dengan niat awal untuk mengugut mangsa.
Bagaimanapun, apabila isterinya mencabar untuk menembak, dia hilang kawalan dan memetik picu menyebabkan tembakan mengenai dada mangsa. Suspek kemudian menaiki sebuah trak pikap untuk melarikan diri. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan