Tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan di NKVE

BERNAMA
FOTO Ihsan Bomba Selangor.
FOTO Ihsan Bomba Selangor.
Shah Alam: Tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 4.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari arah Setia Alam menghala ke Shah Alam, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian melibatkan dua kereta jenis sedan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, namun tiga pemandu kenderaan tersebut dilaporkan mengalami kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.38 petang sebelum menggerakkan lima anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi 15 minit kemudian, didapati berlaku kebakaran melibatkan tiga kenderaan dengan dua buah kereta jenis sedan terbakar sepenuhnya manakala kenderaan pacuan empat roda terbakar 50 peratus.

"Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital sebelum bomba sampai dan setakat ini, tahap kecederaan dan maklumat mangsa belum diketahui," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi pemadaman lebih satu jam itu selesai pada 5.20 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan