Polis siasat penemuan rangka manusia dalam kebun durian

Zuhainy Zulkiffli
bhnews@bh.com.my

BALIK PULAU: Polis menemui rangka manusia dalam kebun durian di Pulau Betong di sini, kelmarin.

Rangka itu ditemukan pada jam 12.35 tengah hari selepas polis menerima panggilan telefon daripada seorang saksi yang melaporkan penemuan tulang manusia di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata pada masa ini siasatan masih dijalankan.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian berjaya mengesan beberapa tulang dan satu rangka manusia di bawah timbunan tanah di kawasan lereng bukit kebun durian itu.

"Selain rangka, kita turut ditemukan ialah beberapa barang lain termasuk serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas," katanya di sini, hari ini.

Menurut Sazalee, rangka itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

"Kini polis menunggu keputusan bedah siasat dan laporan forensik bagi siasatan lanjut," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan