Polis cari waris lelaki maut kemalangan

Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
LOKASI kejadian pejalan kaki maut kemalangan di Kilometer 20 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. FOTO Ihsan PDRM
LOKASI kejadian pejalan kaki maut kemalangan di Kilometer 20 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. FOTO Ihsan PDRM
Marang: Seorang lelaki tanpa identiti maut dirempuh kereta di Kilometer 20 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Rhu Muda di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Ts Mohd Razman Setapa berkata, kejadian kira-kira 3.50 pagi berlaku apabila kereta Perodua Myvi dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun, terlanggar pejalan kaki berdiri di tengah-tengah laluan kereta berkenaan.

"Akibat jarak yang terlalu dekat dan gelap, pemandu kereta berusia 25 tahun tidak sempat mengelak lalu terlanggar pejalan kaki terbabit.

"Pejalan kaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan lanjut namun kira-kira 7.20 pagi tadi lelaki terbabit meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menurutnya, identiti pejalan kaki tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa dan lelaki itu dianggarkan berusia lingkungan 60 tahun.

Katanya, pihaknya memohon sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Inspektor Mohamad Syafiq Amsyar Zaharuddin di talian 013-9195738 bagi membantu siasatan.

Isteri minta cerai selepas suami terlupa beli makanan ringan

KOSMO!
GAMBAR fail menunjukkan sebuah kedai runcit di New Delhi. - Foto AFP
NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Uttar Pradesh meminta cerai daripada suaminya selepas tidak membelikannya paket Kurkure berharga 5 rupee (RM0.28 sen), lapor laman berita Wion News hari ini.

Kurkure ialah jenama sejenis makanan ringan pedas popular di India. 

Menurut laporan media, wanita berkenaan ketagih dengan makanan ringan itu dan meminta suaminya membelikan satu paket Kurkure untuknya setiap hari.

Bagaimanapun, pada suatu hari, lelaki tersebut terlupa membeli makanan ringan itu, menyebabkan si isteri keluar dari rumah selepas bertengkar dengan suaminya.

Pasangan tersebut berkahwin tahun lalu dan ketika itu semuanya kelihatan baik pada mulanya.

Bagaimanapun, si suami dilaporkan mula risau tentang keinginan luar biasa isterinya terhadap makanan ringan jenama tersebut.

Si isteri bagaimanapun mendakwa bahawa dia meninggalkan rumah kerana dipukul oleh suaminya. 

Polis sedang menyiasat dakwaan yang dibuat oleh pasangan itu. – AGENSI

Kedah: Tukang masak terjun sungai selepas bergaduh dengan isteri

Malinda Abdul Malik
IMG_7489-681x498
Mangsa ditemui dalam keadaan sedang berpaut di tiang jambatan berkenaan.
SUNGAI PETANI – Seorang tukang masak bertindak terjun ke dalam Sungai Muda selepas dipercayai bertengkar dengan isterinya dalam kejadian di di sebuah jambatan di Kilometer 114 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Taman Mulia, Tikam Batu di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, lelaki berusia 42 tahun itu berjaya diselamatkan pihak bomba selepas dia ditemui berpaut di celah struktur tiang jambatan terbabit pada jam 12.31 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata,  sebelum kejadian bapa kepada seorang cahaya mata itu bergaduh dengan isterinya, seorang kerani di rumah mereka di Sungai Petani.

“Lelaki tersebut yang bekerja di kantin kilang di Pulau Pinang kemudian keluar dari kediamannya dengan menunggang motosikal, tanpa disedari diekori rakannya.

Pihak bomba menyelamatkan mangsa sebelum menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Sebaik tiba di kawasan jambatan itu, dia meninggalkan motosikal dan bertindak terjun ke dalam sungai dan kejadian itu disaksikan rakannya namun tidak sempat memegang tangan lelaki itu ketika dia bertindak demikian.

“Mangsa kemudian diselamatkan pihak bomba dan dilaporkan mengalami kecederaan pada kaki serta tangan akibat kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

Mahkamah kekal sabitan, hukuman guru renang merogol, amang seksual anak tiri

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my

Melaka: Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 35 tahun dan 20 sebatan terhadap guru renang atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu selepas menolak rayuan perayu (tertuduh) untuk mengetepikan untuk sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh dua hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Pada 15 Mei tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Dharmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail menjatuhkan penjara 35 tahun dan 20 sebatan terhadap perayu.

Anselm antara lain berkata, selepas meneliti semua pertuduhan dan fakta kes menunjukkan perayu melakukan perbuatan seksual terhadap anak tirinya bermula 2020 ketika mangsa berusia 12 tahun 10 bulan.

"Perbuatan terkutuk tertuduh berlanjutan hingga mangsa berusia 16 tahun. Walaupun bapa tiri, tanggungjawabnya terhadap mangsa adalah sama seperti bapa kandung untuk memberikan kasih sayang dan melindunginya," katanya.

Dalam prosiding rayuan itu, perayu diwakili peguam KA Ramu manakala Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa'ari mewakili Responden.

Menurut Anslem, pihaknya turut meneliti keterangan impak mangsa dan penghakiman oleh kedua-dua Hakim Mahkamah Sesyen serta berpendapat hukuman penjara dan sebatan rotan diputuskan adalah setimpal dengan keseriusan kesalahan dilakukan tertuduh terhadap mangsa dan keluarganya.

Katanya, tertuduh sudah membinasakan masa depan seorang remaja perempuan dan mahkamah tidak nampak alasan bermerit untuk mengganggu gugat keputusan terhadap sabitan dan hukuman Hakim Mahkamah Sesyen.

Remaja guna cermin mata pintar tipu dalam peperiksaan

Bernama-KYODO

Tokyo: Seorang remaja lelaki dirujuk kepada pendakwa raya pada Khamis kerana didakwa menggunakan cermin mata pintar yang dilengkapi kamera untuk menipu dalam peperiksaan kemasukan universiti dengan mengambil gambar soalan dan berkongsi dengan netizen, lapor agensi berita Kyodo.

Remaja berusia 18 tahun itu yang menduduki peperiksaan untuk Universiti Waseda berprestij di Tokyo pada Februari, didakwa meminta beberapa individu di platform X untuk menjadi "tutor dalam talian" untuknya terlebih dahulu dan memberikan beberapa ribu yen setiap orang dalam pembayaran elektronik untuk bantuan mereka semasa peperiksaan, menurut polis.

"Saya kesal dengan salah laku saya, yang lebih teruk daripada menipu," kata remaja itu, yang akhirnya tidak diterima, dipetik sebagai berkata oleh polis, menjelaskan bahawa dia telah menulis jawapannya berdasarkan respons yang diterimanya.

Menurut pihak universiti, individu yang memberikan jawapan kepada pelajar tersebut tidak menyedari bahawa soalan itu adalah daripada peperiksaan kemasukan ke universiti yang sebenar.

Remaja itu yang merupakan pelajar sekolah menengah atas di Tokyo pada masa kejadian didakwa, melanggar peraturan universiti swasta itu dengan mengambil gambar kertas peperiksaan dan memuatnya ke platform X dengan telefon pintarnya pada 16 Februari semasa ujian kemasukan untuk Sekolah Sains dan Kejuruteraan Kreatif.

Cermin mata pintar itu dapat menghantar imej ke telefon pintarnya, yang disembunyikan dalam poket seluarnya, menurut polis.

Universiti menghubungi polis selepas seorang pegawai menyedari adanya kamera kecil pada bingkai cermin matanya ketika dia datang untuk ujian lain bagi Sekolah Perdagangan institusi itu pada 21 Februari.

Universiti Waseda dalam laman webnya pada Khamis berkata, ia mengemukakan aduan jenayah kepada polis kerana bimbang penipuan serupa boleh berlaku di universiti lain, selain kesukaran untuk menyiasat insiden tersebut secara dalaman.

"Kami akan bertindak keras dan berusaha mengekalkan persekitaran ujian masuk yang adil dan saksama," katanya.

CEO badan berkanun ditahan SPRM disyaki seleweng dana projek RM1.2 bilion

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) badan berkanun ditahan hari ini selepas disyaki menyeleweng dana membabitkan projek pembangunan di ibu negara bernilai RM1.2 bilion.

Menurut sumber, suspek berusia 60 tahun itu disyaki menyalahgunakan kedudukannya bagi menyeleweng dana pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MoF).

"Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2019 hingga 2021 dan disyaki menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman.

"Suspek memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima dari MoF kepada syarikat kontraktor serta perunding yang tidak berkaitan.

"Lelaki berkenaan memindahkan dana berkenaan sebagai kos pembangunan seperti yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan," katanya hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan selepas hadir untuk dirakam percakapan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya 8 malam tadi.

Sebelum itu, SPRM turut menahan dua pegawai kanan agensi badan berkanun bagi kesalahan sama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Hampir 5 juta rakyat Malaysia sakit mental dan NCD

Mohd Iskandar Ibrahim
am@hmetro.com.my

Putrajaya: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan seramai sejuta atau bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan.

Menerusi hasil tinjauan dilakukan, jumlah itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2019 dengan golongan berusia 16 hingga 29 tahun paling ramai mengalaminya.

Tinjauan juga menunjukkan hampir separuh daripada jumlah itu berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak pula menyaksikan peningkatan daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus pada 2023.

Statistik menunjukkan satu daripada enam kanak-kanak mengalami masalah berkenaan.

NHMS 2023 turut mendedahkan 46 peratus kanak-kanak terbabit mengalami masalah dengan rakan sebaya, masalah tingkah laku (25 peratus), masalah emosi (17 peratus) dan hiperaktif (8 peratus).

Mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD), NHMS 2023 menunjukkan hampir 3.6 juta penduduk negara ini atau bersamaan 15.6 peratus menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi (6.7 juta) dan kolesterol tinggi (7.5 juta).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka yang menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi yang tidak didianogsis tergolong dalam golongan yang berusia lebih muda.

"Penemuan itu amat membimbangkan kerana penyakit tidak berjangkit yang tidak didianogsis boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lebih cepat kepada golongan berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran NHMS 2023 di sini, tadi.

Selain itu, lebih 500,000 dewasa atau merangkumi 2.5 peratus dewasa di Malaysia menghidap empat penyakit tidak berjangkit iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti.

Malah, terdapat peningkatan berterusan dalam trend berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa, melonjak hampir 10 peratus dalam tempoh satu dekad, daripada 44.5 peratus pada 2011 kepada 54.4 peratus pada 2023.

Mengenai penggunaan jagaan pesakit luar, dapatan tinjauan NHMS 2023 menunjukkan trend peningkatan daripada 8.1 peratus pada 2019 kepada 12.5 peratus pada tahun lalu.

Bagaimanapun, trend penggunaan perkhidmatan jagaan pesakit luar di fasiliti kerajaan merekodkan penurunan daripada 64.2 peratus pada 2019 kepada 48.9 peratus pada 2023.

Ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan perkhidmatan jagaan pesakit luar swasta dalam kalangan penduduk Malaysia berbanding empat tahun lalu.

Nak gelaran Datuk Seri, ahli perniagaan wanita rugi RM375,000

Alias Abd Rani
bhnews@bharian.com.my

MUAR: Seorang ahli perniagaan wanita mendakwa kerugian RM375,000 selepas terpedaya dengan tawaran darjah kebesaran membawa gelaran Datuk Seri.

Mangsa, 45, mendakwa ditawarkan gelaran kebesaran yang kononnya dari sebuah negeri itu oleh rakan lelakinya pada Jun 2022, namun diminta membuat bayaran terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata terpengaruh dengan janji suspek, wanita berkenaan melakukan 35 transaksi dalam talian kRmepada lelaki itu.

"Pada Ogos 2022, mangsa mendapat watikah penganugerahan gelaran itu, tapi semakan dibuat mendapati namanya tiada dalam senarai. Sehingga kini, mangsa mendakwa tidak menerima apa-apa anugerah seperti dijanjikan suspek," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, susulan itu mangsa yang berasa tertipu akhirnya membuat laporan polis terhadap rakan kongsinya semalam dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Sebelum ini polis sudah menjalankan kempen kesedaran jenayah komersial secara bersemuka mahupun melalui media, tetapi masih ada terpedaya," katanya mengingatkan orang ramai lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC), manakala semakan nombor akaun dan nombor telefon diterima boleh dibuat di pautan https://semakmule.rmp. gov.my.

Mat Salleh dipenjara 6 tahun kerana lakukan amang seksual ke atas atlet Sukma

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap atlet Sukan Malaysia (Sukma).

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Mat Salleh Jalani, 61, didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 14 tahun satu bulan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik di sebuah rumah di Marang pada Mac 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanim Ayim manakala tertuduh diwakili peguam, Marlisa Marzuki.

Ismail Haniyeh: Hamas kekal di Gaza selepas perang tamat

AFP

Doha: Ketua Hamas, Ismail Haniyeh berkata, pergerakan itu akan terbabit dalam memutuskan pemerintahan pascaperang di Gaza bersama-sama kumpulan Palestin yang lain.

"Kami mengatakan bahawa pergerakan Hamas berada di sini untuk kekal dan ia akan menjadi pergerakan dan semua kumpulan (Palestin) yang akan memutuskan pemerintahan pascaperang di Gaza," kata Ismail dalam ucapan di televisyen, semalam.

Beliau juga berkata, nasib rundingan gencatan senjata tidak pasti kerana desakan Israel untuk menduduki lintasan Rafah dan perluasan pencerobohan di wilayah Palestin sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Ucapan Ismail menandakan ulang tahun ke-76 Nakba, iaitu peristiwa kira-kira 760,000 rakyat Palestin melarikan diri atau dihalau dari rumah mereka semasa penciptaan negara Israel pada 1948.

Ismail mengulangi pendirian pergerakan itu berhubung rundingan gencatan senjata yang sekali lagi menemui jalan buntu.

"Sebarang perjanjian mesti memastikan gencatan senjata kekal, pengunduran menyeluruh (pasukan Israel) dari semua sektor di Semenanjung Gaza, perjanjian sebenar untuk pertukaran tahanan, kepulangan orang yang dipindahkan, pembinaan semula dan menarik balik kepungan Gaza," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, sebarang perbincangan mengenai siapa yang memerintah Gaza selepas perang hanyalah cakap kosong, selagi Hamas kekal di wilayah itu.

"Sehingga jelas Hamas tidak mengawal Gaza secara ketenteraan, tiada entiti akan sanggup mengambil pengurusan awam Gaza kerana bimbang akan kesejahteraannya.

"Syarat pertama untuk menyediakan tanah untuk entiti lain adalah untuk memusnahkan Hamas, dan berbuat demikian tanpa membuat alasan," kata Netanyahu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant kelihatan mencabar Netanyahu, dengan mengatakan bahawa, ia mestilah entiti Palestin yang memerintah Gaza selepas Hamas dikalahkan.

"Saya menyeru Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk membuat keputusan dan mengisytiharkan bahawa Israel tidak akan mewujudkan kawalan awam ke atas Gaza," kata Gallant sambil menyeru alternatif pemerintahan kepada Hamas dengan segera.

Gallant berkata, tindakan ketenteraan Israel di Gaza perlu disusuli dengan tindakan politik.

Bersatu akan hilang sokongan selagi bersama PAS, kata Adun

Elill Easwaran

Adun Bersatu Abdul Rashid Asari berkata ramai orang Melayu termasuk ahli PAS tidak suka kecenderungan pendirian ekstrem diambil oleh pemimpin tertinggi parti Islam itu. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Seorang Adun Bersatu, yang kini menyokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, percaya sokongan terhadap partinya akan terus berkurangan jika kekal sebagai sekutu PAS.

Abdul Rashid Asari berkata, parti yang dilabelkan sebagai ‘terlalu ekstrem’ itu boleh dipersalahkan atas kehilangan sokongan Bersatu.

Beliau berkata, ketika PAS berkempen semasa pilihan raya, naratif dikemukakan ialah ‘haram’ untuk tidak keluar mengundi.

“Ramai yang tidak suka (ucapan seperti itu). Ia sangat ekstrem. Orang Melayu tidak suka, malah ada ahli PAS yang membencinya,” katanya kepada FMT.

Sambil menegaskan tidak semua ahli PAS bersikap ekstrem, Adun Selat Klang itu berkata segelintir pemimpin yang berpegang kepada pandangan sebegitu menidakkan kerja keras jentera PAS untuk menarik pengundi.

Rashid, yang berkongsi pentas dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam kempen bagi PRK Kuala Kubu Baharu baru-baru ini, juga berkata, secara peribadinya, beliau tidak mempercayai PAS.

Beliau berkata, di sebalik semua dakwahnya mengenai agama, parti itu tidak menghormati walaupun ia perjanjian mudah.

Rashid mendakwa, ketika PN membincangkan peruntukan kerusi untuk PRU15, terdapat perjanjian bertulis bahawa Bersatu akan bertanding di Kapar dan PAS membuat tuntutan kerusi itu pada saat-saat akhir.

Dr Halimah Ali daripada PAS akhirnya memenangi kerusi Parlimen itu dalam pertandingan tujuh penjuru.

“Mereka kata berdosa jika anda tidak menepati janji, tetapi saya rasa pemimpin PAS merasakan sebaliknya,” kata Rashid.

Walaun bab tak siasat dulu memang juara, heboh jenama pizza ini konon hina Islam

Harapandaily

Heboh di media sosial mengenai satu jenama pizza yang kononnya menghina Islam gara-gara hantaran seorang individu yang dicop netizen sebagai walaun.

Lelaki itu bahkan meminta orang ramai membuat laporan polis serta meninggalkan tanda pagar PDRM serta menyebut premis Domino’s Pizza Sungai Ara di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dia menyifatkan ungkapan yang tercetak pada resit itu sebagai kurang ajar dan biadab.

Susulan itu, rata-rata warganet membetulkan tanggapan salah individu berkenaan.

Ada berpendapat kenyataan biadab itu ditinggalkan oleh pelanggan melalui aplikasi penghantaran.

Hal ini sekaligus menepis cubaan untuk mengaitkan perbuatan itu dengan pihak jenama pizza yang mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh negara itu.

“Bukan Domino’s buat, tapi memo yang ditinggalkan oleh pelanggan. Baca dan fahamilah dengan akal anugerah Allah wahai tuan/puan manusia sekalian alam,” komen seorang pengguna Facebook.

Dalam tempoh 14 jam dimuatnaik, hantaran individu yang menggunakan nama akaun Al Faqir Azharildris itu meraih hampir 3,000 perkongsian setakat pagi ini.

Sehubungan itu, warganet menasihatkan orang ramai menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Selidik dulu sebelum nak cakap. Kawan saya kerja situ beritahu itu resit pelanggan order bukan dari pihak Domino’s.

“Pihak Domino’s dah cancel order pelanggan itu sebab kurang ajar hina Islam dan buat report polis .

“Itu prank order, Domino’s call tak angkat. Gambar WhatsApp macam orang Myanmar. Semua yang bekerja di store situ orang Melayu Islam.

“Dari resit tu boleh nampak dia order melalui apps. Order masuk dan Domino’s akan print keluar resit invoice tu. Jadi, di situ kita nampak siapa yang betul-betul salah.

“Moga dapat perbetulan balik apa yang dah jadi salah sangka sebab staf situ pun semuanya orang Islam,” demikian komentar dan nasihat warganet.

FMT: Resit pesanan persenda Islam, premis piza buat laporan polis

FMT Reporters

Resit tular itu adalah resit pesanan dalam talian yang dibuat oleh seorang pelanggan cawangan rangkaian restoran piza terkenal.
Resit tular tertera mesej seolah-olah mempersendakan Islam yang dimasukkan seorang pelanggan cawangan piza di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
PETALING JAYA: Pihak pengurusan sebuah rangkaian restoran piza terkenal membuat laporan polis terhadap satu mesej kontroversi seolah-olah mempersendakan Islam pada resitnya, yang dimasukkan seorang pelanggan di sebuah premis di Pulau Pinang.

Adun Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz berkata dia dimaklumkan mengenainya selepas berjumpa wakil pengurusan di wilayah utara dan penyelia cawangan itu di Sungai Ara malam tadi berikutan isu terbabit tular di media sosial.

“Ramai yang salah faham seperti saya juga pada awalnya yang menyangkakan resit berkenaan dijana oleh juruwang.

“Sebenarnya resit yang diviralkan itu adalah resit order secara ‘online’ dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh ‘pemprovokasi’ tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berharap dalang di sebalik provokasi membabitkan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) itu ditangkap segera.

“Pihak polis telah pun membuka kertas siasatan dan saya minta masyarakat kekal tenang dan tidak termakan dengan provokasi ini.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikan,” katanya.

Insiden semalam menyusul dua kontroversi baru-baru ini berhubung kalimah Allah.

Pada 13 Mac lalu, gambar stokin tertera kalimah Allah yang dijual di sebuah kedai KK Mart di Bandar Sunway tersebar di media sosial, namun rangkaian kedai serbaneka itu memohon maaf serta-merta.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut murka dan menzahirkan perasaan dukacita terhadap kontroversi itu dan menitahkan tindakan keras diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

MSO: Bangkai busuk yang dicerita Husam akhirnya telah menerawang…

MOHD SAYUTI OMAR

SPRM telah mencekup empat individu, dua termasuk pegawai kanan Syarikat Air Kelantan Berhad (ASKB).

Tangkapan itu dibuat ekoran berlaku penyelewengan dalam projek pembinaan telaga jejari membabitkan jumlah mencecah bilion ringgit.

Tampaknya, SPRM masih belum habis menjalankan kerja mereka di Kelantan selepas turun dari Banjaran Titiwangsa. Masalah iklim, cuaca kering dan tandus tidak menghalang tugas suruhanjaya berkenaan.

Terkejut juga saya membaca laporan mengenai kejadian menimpa Kelantan itu, ia seperti bersambungan dan ada beberapa siri lagi.

Baru minggu lepas SPRM telah memasuki ke agensi kerajaan Persekutuan KADA, menangkap beberapa orang kakitanganya, sekarang menjenguk masuk ke agensi kerajaan negeri pula. Kerajaan Kelantan telah memecah rekod bersih yang dipertahannya lebih tiga dekad.

Sebenarnya apa dilakukan oleh SPRM itu tidak pun pelik kerana isu air atau pun tanggapan negatif berlaku sesuatu tidak kena dalam pengurusan air Kelantan ini sudah lama kedengaran.

Ia mulai dipertikaikan secara serius sejak tahun 2015 lagi, kira-kira sembilan tahun lampau.

Ketika itu pihak kerajaan Kelantan tidak percaya dan cuba melindungi kebejatan yang berlaku dalam AKSB sehingga menyebabkan orang yang ikhlas dan cuba membersihkan Kelantan dari sebarang penyelewengan akhirnya dikenakan tindakan disiplin kemudian dipecat dari Pas parti memerintah.

Husam Musa telah membangkitkan permasalahan AKSB itu setelah menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam projek pembinaan telaga jejari.

Jika diselak balik isu yang pernah dibangkitkan bekas Exco itu, beliau telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh timbalan presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kerana presiden tidak hadir.

Namun malang, peringatan dan teguran ikhlas Husam itu tidak dipedulikan.

Sebaliknya beliau dianggap sebagai fitnah sengaja diada-adakan untuk memburukan kerajaan Kelantan. Tiada apa-apa tindakan diambil malahan beliau dicemuh.

Hatta semasa Tuan Ibrahim jadi menteri bertanggungjawab mengenai air, tiada apa-apa tindakan diambil.

Setelah sembilan tahun, bangkai busuk yang dicerita Husam disembunyikan dengan baik, akhirnya kini bau hapaknya telah menerawang dan masuk ke dalam hidup rakyat Kelantan apabila SPRM telah menunjukkan kuku dan taringnya di Kelantan.

Kelambatan SPRM bertindak itu menyebabkan Husam terjerut dengan tuduhan dan tiada seorang pun rakyat Kelantan menyebelahinya, melainkan marah sehingga kalah dalam dua pilihan raya.

Yang saya musykilkan kenapa SPRM mengambil masa hampir sedekad untuk bertindak, apakah dalam kes di Kelantan ini SPRM bertindak double standard?

Elok juga kalau bekas-bekas pengarah SPRM di Kelantan sebelum ini ditanya kenapa berlaku demikian? Justifikasinya didambakan.

Apapun terima kasih kepada SPRM di era kerajaan Madani ini. Benarlah seperti sering saya madahkan, KEBENARAN itu seperti keretapi malam, walaupun ia lambat tiba, tetapi ia akan sampai juga disetesen terakhirnya.

Dengan bermulanya tidak SPRM menyiasat segala macam kes yang berlaku di Kelantan, adalah elok kalau Kelantan yang kini dibawa pimpinan Nassaruddin Daud mengambil langkah untuk menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Khas diperingkat Negeri untuk menyiasat segala agensi dan jabatan negeri, bagi menyucikan saki baki kebobrotan yang berlaku atau tertepek dimana-mana.

Menjadi tanggungjawab beliau untuk menjamin kerajaan negeri bersih dan noda dan dosa yang selama ini disembunyikan atas nama Pas sebagai parti Islam.

Penubuhkan Jawatankuasa Kuasa Siasatan Khas negeri itu perlu dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Beliau tidak perlu takut dan bimbang dengan jawatankuasa berkenaan kerana beliau tidak terbabit dengan kebobrokan sebelum ini. Jawatankuasa itu juga selari dengan tindakan SPRM itu.

Maka, para penjawat jawatan penting berkaitan AKSB, baik Exco dan pengerusi AKSB, juga MB di era tahun 2008 hingga 2015 perlu tampil bersama atau menyerahkan diri untuk dihisab oleh Jawatankuasa Siasatan berkenaan.

Undi anak muda PN boleh ‘kalih’ jika PH agresif di media sosial

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Gelombang besar-besaran peralihan sokongan anak muda kepada Perikatan Nasional (PN) ketika ini boleh berubah kepada Pakatan Harapan (PH) jika kerajaan mendekati golongan terbabit dengan efektif menerusi media sosial, kata sebuah NGO.

Pengarah Advokasi dan Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai, berkata PH perlu memperbaiki naratif untuk anak muda, dengan ‘menangkap imaginasi’ mereka menerusi media baharu, merujuk sikap kumpulan itu yang mempunyai tahap kesetiaan politik rendah.

“Anak muda Melayu lebih suka kepada PN…itu memang tidak dapat dinafikan tetapi trend ini bukan sesuatu yang ‘ditentukan’ untuk selama-lamanya…tidak.

“Sokongan anak muda akan berubah juga kerana mereka mempunyai kesetiaan politik yang rendah,” katanya kepada FMT mengulas pola pengundian PRK Kuala Kubu Baharu membabitkan pemilih berusia bawah 40 tahun yang memihak kepada PN (65%) berbanding PH (39%).

“Katakan beberapa bulan atau beberapa tahun ini kerajaan Madani menunjukkan tadbir urus yang baik dan komunikasi dua hala berkesan, besar kemungkinan mereka boleh berubah arah untuk menyokong PH.”

Mengambil contoh situasi semasa PRU15, Tharma berkata PN berada pada kedudukan tercorot dalam kajian lapangan dibuat enam bulan sebelum pilihan raya itu, namun popularitinya melonjak dengan bantuan media baharu seperti TikTok.

“Kenapa PN tiba-tiba melonjak? Kerana (bagi anak muda) ia bukan isu agama atau ideologi konservatif yang dibawa PN tetapi naratif pemimpin manakah yang terbaik, diuar-uarkan di TikTok.

“Laskar siber mereka menunjukkan tiga pemimpin utama iaitu Zahid Hamidi (pengerusi BN), Anwar Ibrahim (pengerusi PH) dan Muhyiddin Yassin (pengerusi PN), dan hasilnya menunjukkan Muhyiddin menjadi tokoh paling diminati anak muda kerana gaya kepimpinannya,” katanya.

Bagaimanapun, Tharma berkata PN tidak boleh mendabik dada dengan populariti ‘undi muda’ yang dikecapinya kerana ia lebih kepada faktor demografi kaum, berbanding faktor lain.

“Selepas penguatkuasaan Undi18, peratusan pengundi Melayu naik dari 36% kepada 45% manakala undi bukan Melayu merosot dari 45% kepada 35%,” katanya.

Institut Darul Ehsan (IDE) semalam merumuskan, kejayaan PH mempertahankan kerusi Kuala Kubu Baharu disebabkan sokongan pengundi bagi kategori umur 41 tahun ke atas terhadap kerajaan Madani.

Namun, katanya PN masih menjadi pilihan pengundi muda kategori 40 tahun ke bawah, dengan memperoleh 65% undi daripada mereka walaupun peratusan keluar mengundi golongan itu hanya sekitar 57%.

Wakil Bersatu dakwa dikhianati parti 2 kali

Elill Easwaran

SHAH ALAM: Seorang Adun Bersatu yang menyuarakan tentangan terhadap pembangkang menjelang PRK di Kuala Kubu Baharu mendakwa beliau dikhianati parti itu, terutama mereka yang memegang jawatan kepimpinan.

Mengimbau kembali rundingan kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU ke-15 pada 2022, Abdul Rashid Asari berkata Bersatu dan PAS telah bersetuju untuk bertanding di tujuh kerusi Parlimen di Selangor.

Gerakan pula akan bertanding empat kerusi manakala empat lagi akan dipertahankan oleh penyandang Ahli Parlimen ketika itu.

Pada saat-saat akhir, PAS memutuskan untuk bertanding di Kapar juga, kerusi yang secara tradisinya milik Bersatu, kata Rashid.

“Saya berjuang keras untuk Kapar kekal sebagai kerusi Bersatu kerana jika PAS mengambilnya, mereka akan mengekalkannya sehingga kiamat,” katanya kepada FMT.

Dr Halimah Ali daripada PAS memenangi kerusi Parlimen itu dalam pertembungan tujuh penjuru.

Rashid, Adun Selat Klang, tidak menyatakan siapa yang akan mewakili partinya di kerusi itu sekiranya usahanya berjaya.

Bagaimanapun, beliau berkata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang juga pengerusi PN, boleh campur tangan tetapi memilih untuk berdiam diri.

“Apa yang anda akan lakukan jika anda berada di tempat saya?”

Rashid turut memetik satu lagi peristiwa yang mana katanya, beliau mengemukakan 22 nama untuk dipertimbangkan sebagai ketua bahagian semasa masih bertanggungjawab untuk bahagian negeri Bersatu.

Menurutnya, hanya lima dipilih manakala baki tempat diberikan kepada mereka yang sealiran dengan pemimpin tertentu – kumpulan yang disifatkannya sebagai kartel.

“Selepas bekerja dengan parti selama beberapa tahun, semua pendapat saya tidak diendahkan dan saya rasa dikhianati,” katanya.

Bersatu ditubuhkan oleh Muhyiddin dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 2016. Ia didaftarkan pada 2017.

Rashid mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada Mac tahun ini. Baru-baru ini beliau digantikan oleh bekas menteri besar Selangor Azmin Ali sebagai ketua Bersatu negeri.

2 pegawai kanan syarikat air Kelantan, 2 konsultan ditahan SPRM

Hidayatidayu Razali
bhnews@bh.com.my

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air di Kelantan bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.

Menurut sumber, keempat-empat lelaki berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan secara berasingan di sini, antara jam 7 hingga 10 pagi ini.

Katanya, dua lagi yang ditahan adalah pemilik syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai konsultan bagi menyiapkan pembinaan telaga terbabit.

"Telaga jejari ini sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air yang mencukupi kepada penduduk, namun siasatan awal mendapati ia tidak menghasilkan kuantiti air secara optimum," katanya, hari ini.

Menurut sumber, ia dipercayai disebabkan berlaku amalan rasuah dan penyelewengan dalam pelaksanaan projek pembinaan telaga jejari itu.

Katanya, SPRM turut menyita beberapa barangan daripada suspek seperti dokumen dan telefon bimbit.

"Semua suspek dibawa ke Pejabat SPRM Kelantan bagi dirakamkan keterangan," katanya.

Difahamkan, siasatan berkenaan dipercayai hasil rungutan dan aduan daripada penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu air di Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Katanya, semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, esok, bagi proses permohonan reman untukk siasatan lanjut.

Berkait: Rasuah di Perlis: SPRM cadangkan seorang suspek didakwa

Hariz Mohd

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyelesaikan siasatan mereka anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, yang terkait dengan isu rasuah.

Malaysiakini difahamkan pegawai SPRM yang berkaitan sudah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara beberapa hari lalu.

Menurut sumber, selain mengemukakan dapatan hasil siasatan, SPRM juga mencadangkan agar sekurang-kurangnya seorang suspek dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan jenayah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi pula mengesahkan bahawa agensi antirasuah itu sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada suspek yang dicadangkan untuk didakwa itu ialah anak Mohd Shukri.

“Sekarang kita tunggu keputusan timbalan pendakwa raya pada minggu depan,” katanya kepada Malaysiakini.

Bulan lalu, SPRM dilaporkan menahan reman anak menteri besar terbabit dan lima yang lain bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan bernilai RM600,000 sejak 2022.

Bagaimanapun penelitian mendapati projek yang didakwa itu tidak dilaksanakan.

Ia melibatkan projek kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan dari 2022 hingga kini.

SPRM juga menahan Mohd Shukri ketika dia hadir di ibu pejabat agensi antirasuah berkenaan di Putrajaya pada 30 Apr bagi memberi keterangan kepada penyiasat.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis kemudian dibebaskan pada hari yang sama selepas penyiasat selesai merakam kenyataannya.

Badan pencegah rasuah itu dilaporkan sedang menyiasat Mohd Shukri atas dakwaan salah guna kuasa.

Malaysiakini difahamkan SPRM mungkin akan memanggil Mohd Shukri semula untuk disoal siasat tidak lama lagi.

Enggan beri apam balik, peniaga disaman pegawai penguat kuasa

KOSMO
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan beberapa pegawai penguat kuasa yang cuba menyekat perniagaan seorang penjual apam balik, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Gajah Mada, Medan, dalam wilayah Sumatera Utara.

Menerusi rakaman itu, seorang petugas dilihat mengeluarkan surat larangan aktiviti perniagaan jalanan akibat tidak diberi apam balik atau dikenali sebagai martabak di Indonesia.

“Mereka meminta apam balik sebentar tadi, tetapi saya enggan memberi menyebabkan dia (pegawai) keluarkan surat ini,” kata si penjual.

Perakam video kemudian didengari bertanyakan soalan itu kepada pegawai berkenaan, namun dia enggan mengaku perbuatannya.

Oleh kerana berang dengan perbuatan mereka, penjual itu memutuskan untuk berkongsi rakaman di media sosial.

Rakaman tersebut dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @cctv_medan dan kini menjadi tular. – AGENSI

Dua individu ditolak ke landasan kereta api

Bernama-Xinhua

Tokyo: Seorang lelaki ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua individu ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki, Xinhua memetik laporan media tempatan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.25 pagi waktu tempatan di atas platform tanpa pintu skrin di Stesen Noborito di Laluan JR Nambu, lapor Kyodo News memetik polis tempatan.

Polis menahan Takashi Akutsu, 32, atas dakwaan cubaan membunuh selepas dua lelaki itu mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa, dan sedang menyiasat sama ada sebarang masalah berlaku antara suspek dan kedua-dua mangsa, kata laporan itu.

Tiada kereta api sedang memasuki landasan pada masa itu, tambahnya.

Susulan kejadian itu, enam kereta api tertangguh sehingga 10 minit, menjejaskan kira-kira 9,300 orang, menurut East Japan Railway Company.

Tuan Ibrahim langgar pandangan Presiden Pas sendiri

AKMAL MANAF

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tiada keperluan untuk menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pahang.

”Kalau sekadar lantik untuk menyokong, saya fikir kerajaan sudah kuat, tak ada keperluan..

”Lebih baik dana itu digunakan untuk pembangunan negeri dan perkara yang penting, itu yang kita bahaskan,” katanya menurut satu video yang dimuat naik sebuah portal berita.

Beliau memberikan komen itu kepada media selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan usul Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk melantik ADUN lantikan pada 13 Mei lalu.
Beliau yang juga ADUN Cheka turut mengakui bahawa semua segmen mempunyai Exco yang mewakili, namun menyifatkan ianya ‘lain’ jika ada wakil daripada orang asal.

”Itu berbeza.. persepsi dia daripada Exco dan orang asal.. lain..

”Demikian juga kalau kita tengok golongan Orang Kurang Upaya (OKU), profesional yang boleh mewakili dalam konteks pembangunan.

”Sebab itu kami lihat pertamanya tiada keperluan untuk menambah (ADUN) sebab tambah ini sebagaimana disebut saudara Hamdan, RM1.5 juta itu baru emolumen, belum masuk lagi peruntukan,” ujar beliau lagi.

Kelantan: 3 maut, lori simen jatuh gaung

Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my
LOKASI kejadian kemalangan di KM 80 Gua Musang-Lojing. FOTO ihsan Bomba
LOKASI kejadian kemalangan di KM 80 Gua Musang-Lojing. FOTO ihsan Bomba
Gua Musang: Tiga lelaki Orang Asli maut selepas lori simen yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Kilometer (KM) 80 Jalan Gua Musang-Lojing di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.40 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang berusia 40-an maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh, berkata, pihaknya menerima maklumat, 10.40 pagi tadi.

"Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan dua jentera.

"Jentera sampai ke lokasi pada 12 tengah hari dan memulakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan gaung yang dianggarkan sedalam kira-kira 800 meter.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan tali untuk turun dan mambawa naik ketiga-tiga mangsa dan operasi tamat pada jam 2.22 petang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian pada jam 2.20 petang.

"Mayat ketiga-tiga mangsa di serahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Gua Musang bagi bedah siasat," katanya.

Kes seleweng dana MoF, 2 pegawai kanan badan berkanun ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan badan berkanun dalam siasatan ke atas kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MoF), menurut sumber.

Dana tersebut bagi suatu projek pembangunan yang bernilai RM1.2 bilion, tambahnya.

Menurut sumber, suspek kes itu dipercayai memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima daripada MoF kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan.

“Penyelewengan peruntukan ini amatlah serius memandangkan peruntukan ini melibatkan dana kerajaan,” kata sumber itu.

Mereka direman selama empat hari bermula hari ini hingga 18 Mei bagi membantu siasatan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM, iaitu kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Penjawat awam ditahan salah guna jawatan, luluskan RM12,000 untuk kegunaan diri

Harapandaily

Seorang penjawat awam di Seremban ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan jawatannya untuk memohon dan meluluskan dana berjumlah RM12,000 untuk kepentingan dirinya.

Suspek lelaki yang berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“SPRM menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menyalahguna kedudukannya dengan membuat permohonan dan meluluskan pinjaman wang pada 2023.

“Ia untuk tujuan pendahuluan bagi kerja membaik pulih Pusat Mengumpul Getah (PMG) sebanyak RM12,000 melalui dana daripada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) untuk kepentingan dirinya,” kata sumber memetik laporan Berita Harian hari ini.

Sumber itu berkata, permohonan reman terhadap suspek dilakukan di Mahkamah Majistret Sivil, pagi ini.

“Suspek dibenarkan reman selama tempoh tujuh hari bermula hari ini sehingga 21 Mei dan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan sementara siasatan dijalankan,” lapor BH.

Sementara itu dakwaan penahanan tersebut disahkan Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Exco Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru

Bernama

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis, Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak petang semalam.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Wan Badariah, 47, yang juga Adun Mata Ayer dari PAS ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.

“Beliau dimasukkan ke hospital petang semalam dan masih ditidurkan, tetapi (keadaan) stabil.

“Kita doakan beliau cepat sembuh, punca awal tiroid, kemudian dikesan (mengalami komplikasi) jantung dan paru-paru…ada air dalam paru-paru,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan melantik pemangku bagi menggalas tugas Wan Badariah.

Pengurup wang didakwa bunuh lelaki

Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang pengurup wang didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar, tiga tahun lalu.

Syed Kamal Syed Mohamad, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama dengan tiga yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh M Sanjeet Kumar, 28, di lorong belakang Affin Bank, Jalan Telawi 3, Bangsar pada 1 pagi, 13 Mac 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pada 13 April tahun lalu, tiga penganggur iaitu G Naresh, 27, K Pravin, 28, dan S Letchumanan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh Sanjeet.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki lain di Jalan Telawi, Bangsar, dipercayai akibat dendam.

Sanjeet mati ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala rakannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

ASP antara 5 polis didakwa rompak perempuan China RM140,000

Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Lima anggota polis termasuk seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merompak seorang perempuan warga China, membabitkan wang tunai berjumlah RM140,000 di sebuah pangsapuri bulan lalu.

Semua tertuduh iaitu Koperal Khairil Annuar Sulaiman, 39, Koperal Mohd Zaidi Jamaludin, 35, Koperal Mohd Adrafil Adlan Roslan, 28, Koperal Ahmad Rohafiz Abdul Rani, 39, dan ASP Mohd Faizol Ismail, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu dan memohon dibicarakan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompak berkumpulan ke atas wang tunai berjumlah RM140,000 milik Zhang Chenxuan di sebuah apartment di Jalan Tun Razak, Wangsa Maju di sini pada jam 5.30 petang, 6 April lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM20,000 terhadap semua tertuduh dengan dua penjamin dan memohon mereka dikenakan syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan hingga kes selesai.

Peguam bela Gurmukh Singh Sandhu yang mewakili Khairil Annuar, Mohd Zaidi, Ahmad Rohafiz dan Mohd Faizol bagaimanapun memohon jaminan rendah dikenakan ke atas anak guamnya dengan alasan mereka menanggung keluarga.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Mohd Adrafil Adlan turut memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya yang masih bujang, menjaga ibu bapanya.

Katanya, anak guam dan tertuduh lain yang masih bertugas hadir sendiri ke mahkamah, yang menunjukkan sikap mereka yang bertanggungjawab, selain tidak cuba melarikan diri.

Hakim Hamidah Mohamed Deril kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 20 Jun ini.

Polis: Sejam kenal, kanak-kanak terus buat hubungan seks

Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan dalam tempoh sejam berkenalan, kanak-kanak begitu cepat terpengaruh dan terpedaya untuk melakukan hubungan seks dengan individu yang baru dikenali menerusi dalam talian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam tempoh sejam itu juga mangsa begitu mudah berkongsi lokasi tempat tinggal mereka dengan pemangsa yang mendorong kepada berlakunya jenayah seksual.

"Sejam terus buat hubungan seks, ini berkenalan di media sosial... bagaimana 'sexual grooming' (pengantunan seksual) itu cepat berlaku.

"(Mangsa) tertarik dengan ayat 'power' (pemangsa) yang mengundang atau menyebabkan kanak-kanak itu terpedaya.

"Biasanya membina kepercayaan itu cepat, dengan memberikan janji manis dan keseronokan sehingga jenayah seksual itu mudah berlaku.

"Alat telekomunikasi dan Internet memudahkan perkara itu berlaku, berkenalan, 'chatting', datang rumah (perkhidmatan e-hailing) memudahkan pergerakan untuk mereka berjumpa," katanya ketika ditemui di Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di sini, hari ini.

Program bertahun Kesejahteraan Komuniti Tanggungjawab Bersama itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Siti Kamsiah menjelaskan, kanak-kanak antara golongan yang begitu mudah menyukai dan terpengaruh dengan media sosial dan mencari isi kandungan di dunia maya itu.

"Apabila mereka memberikan tanda suka (like), ini boleh menarik perhatian orang ramai. Ada juga stigma kanak-kanak boleh pikat seseorang itu, dia menjadi satu kebanggaan... saya tengok kawalan kendiri itu yang kurang," katanya.

Beliau berkata, dalam usaha menangani kes ini, ibu bapa bukan sahaja mendidik sebaliknya mereka perlu mengawal tingkah laku anak-anak terutamanya dalam penggunaan gajet serta memantau bagaimana anak-anak melayari internet.

"Tidak boleh lari pembelajaran di rumah, selain mendidik, kawalan dan tahu persekitaran risiko anak-anaknya... tidak boleh lagi bergantung kalau ada pergerakan fizikal (di luar) jenayah itu berlaku... jenayah itu bermula di rumah," katanya.

Pada masa sama beliau mengesahkan Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes jenayah seksual berbanding negeri lain sejak tiga tahun kebelakangan ini yang mana 90 peratus membabitkan warga tempatan.

"Selangor negeri tertinggi dan memang jauh berbeza jumlah kes berbanding negeri lain. Antara faktor populasi penduduknya, berdekatan sempadan negeri lain seperti Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak. Jadi, banyak menyebabkan akses kepada Selangor.

"Selepas Selangor adalah Johor... semuanya berdasarkan kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi. Golongan B40 yang berdepan keadaan ekonomi tidak stabil, keciciran pendidikan, keadaan rumah, penceraian," katanya.

Pengkhianat: Pegawai kastam didakwa kaut RM69,350 untuk lepaskan lori keluar dari KLIA

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
MOHAMMAD Zyed (tengah) dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,350 sebagai balasan tidak memeriksa lori milik sebuah syarikat di pintu keluar Kargo KLIA. FOTO Azrul Edham
MOHAMMAD Zyed (tengah) dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,350 sebagai balasan tidak memeriksa lori milik sebuah syarikat di pintu keluar Kargo KLIA. FOTO Azrul Edham
Seremban: Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 43 pertuduhan menerima rasuah RM69,350 sebagai balasan tidak memeriksa lori milik sebuah syarikat di pintu keluar Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tertuduh, Mohammad Zyed Ibrahim, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang Penguasa Kastam Gred WK41 yang bertugas di JKDM KLIA, secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan iaitu wang berjumlah keseluruhan RM69,350 daripada pemilik sebuah syarikat melalui pemindahan dalam talian ke akaun bank tertuduh.

Ia sebagai dorongan untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal tertuduh tidak memeriksa lori-lori milik sebuah syarikat yang membawa keluar barang dari Kargo KLIA.

Perbuatan itu dilakukan daripada 16 September 2017 hingga 6 Januari 2022 di sebuah cawangan bank dekat Jalan Besar, Nilai.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 hendaklah apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun.

Boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi perkara kesalahan itu, jika suapan itu boleh dinilai atau bersifat kewangan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pasukan pendakwaan yang dibarisi Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Nurul Atiqah Mohamad Alias dan Mohd Afif Ali membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh.

"Jelas tindakan tertuduh menerima suapan suatu pengkhianatan kepada masyarakat dan imej negatif kepada kastam. Kesalahan rasuah juga adalah kesalahan serius selain tertuduh juga mempunyai risiko untuk melarikan diri," katanya.

Ini kerana, katanya, tertuduh tidak pernah menghubungi atau menyerah diri kepada SPRM walaupun iklan pencariannya dibuat di media tempatan, malah mengambil masa selama 65 hari untuk mengesan tertuduh sebelum ditahan di Bintulu, Sarawak, pada 7 Mei lalu.

Peguam tertuduh, Muhamad Aizat Fakri merayu supaya anak guamnya diberikan jumlah jaminan yang berpatutan atas alasan dia adalah bapa tunggal kepada seorang anak berusia lima tahun.

Katanya, tertuduh sanggup dikenakan syarat tambahan dan memohon dikenakan jaminan RM10,000.

Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk tidak memberikan sebarang jaminan kerana mengambil kira risiko tertuduh melarikan diri berdasarkan rekod perjalanan siasatan.

Sebutan semula pada 14 Jun ini.

Selebriti Malaysia beragama Islam la agaknya, bertanya apa itu ‘All Eyes on Rafah’

‘All Eyes on Rafah? Who’s that’, selebriti Malaysia dikecam tak cakna perang Palestin

SITI NUR ZAWANI

Pengguna media sosial meluahkan kekecewaan terhadap seorang selebriti Malaysia kerana tidak cakna mengenai apa yang sedang berlaku terhadap saudara Islam di Palestin.

Penyanyi yang jarang dilanda kontroversi, Ning Baizura hebat dikecam selepas bertanya kepada netizen, apa itu ‘All Eyes on Rafah’.

Ning ketika itu membuat siaran langsung di Instagram sebelum membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’ (semua perhatian buat Rafah).

Namun, reaksi yang diberikan pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu ternyata mengejutkan kerana dia tidak memahami perkara tersebut sekali gus memberi bayangan dia tidak cakna dengan isu semasa khususnya peperangan di Palestin ketika ini.

Berikutan itu, ramai mula membuat perkongsian mengenai kenyataan Ning di media sosial dengan masing-masing menyifatkan tidak wajar untuk seorang selebriti Islam sepertinya bersikap acuh tidak acuh dengan isu semasa.

Malah, ada yang berpendapat, Ning hanya mengeruhkan lagi keadaan apabila kini rakyat Malaysia juga sedang rancak menyertai gerakan Blockout 2024 yang awalnya dimulakan oleh Barat terhadap selebriti-selebriti di Hollywood yang membisu mengenai nasib rakyat Palestin.

“Fasal Rafah lagi-lagi ‘All Eyes on Rafah’ memang lalu setiap masa di semua media sosial. Tak sangka dia tak tahu langsung,” kata seorang pengguna.

“Sedihnya tengok jenis macam ini. Tak kan sikit pun tak ambil tahu tentang apa yang terjadi di Palestin?,”komen netizen.

“Takkanlah tak tahu, sudah berbulan-bulan perang di Palestin berlaku,” komen yang lain.

Selain meninggalkan komen-komen berbentuk teguran kepada penyanyi ini supaya cakna tentang isu Palestin, ada juga kalangan netizen yang mahu memboikot Ning dengan menyekat akaun media sosialnya sebagai pengajaran kepada penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada sebarang kenyataan baharu dikeluarkan oleh Ning bagi menjelaskan situasi.

Bunuh, bakar kekasih hamil: Tertuduh dibenar rujuk psikiatri

Mahkamah Tinggi di Klang hari ini membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya yang hamil pada tahun lepas, dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

Kebenaran itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mohd Hirman Ab Raub selepas mendengar permohonan dibuat pihak pembelaan tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21.

Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata sebelum ini, pihaknya mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada September 2023, namun ditolak.

“Majistret ketika itu berpandangan bahawa ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya untuk didengar dan diputuskan.

"Permohonan merujuk anak guam saya kepada pakar psikiatri bagi pemantauan lanjut itu dibuat mengikut peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Rosnee Mohd Radzuan tidak membuat sebarang bantahan berhubung permohonan yang dibuat pihak pembelaan menerusi prosiding sebutan kes itu hari ini.

Mohd Hirman kemudian menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan psikiatri dan dokumen lain.

Mahkamah Majistret Sungai Besar pada 21 Mac lepas, memerintahkan kes Muhammad Fakrul Aiman yang didakwa membunuh seorang wanita hamil di Jalan Sungai Limau di Sungai Besar, Sabak Bernam dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang.

Pada 1 Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau pada 22 Mei tahun lepas.

- Bernama

Membuat isyarat 'peace' setelah melanggar motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter

Atlet kayak parah dirempuh kereta, diseret 600 meter

Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
KEMALANGAN jalan raya di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) membabitkan atlet kayak kebangsaan. FOTO tular
KEMALANGAN jalan raya di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) membabitkan atlet kayak kebangsaan. FOTO tular
Johor Bahru: Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan mangsa parah selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dan diseret sejauh 600 meter.

Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang menerusi suatu kenyataan berkata, Nurul Masyitah, 22, merupakan penuntut jurusan Kejuteraan Mekanikal mengalami kecederaan serius.

Menurut saksi berserta rakaman 'dashcam', kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum merempuh Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter.

"Mangsa sering berulang alik dari Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.

"Mohon doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan," katanya hari ini.

Siti Nurul Masyitah merupakan Atlet Kayak Dragon Boat Malaysia dan memang pingat gangsa pada Sukan SEA 2023.

Mangsa kini menerima rawatan di hospital di Iskandar Puteri di sini.

Berdasarkan hantaran yang tular dalam media sosial, dapat dilihat beberapa keping gambar ketika kemalangan yang dikongsi termasuk foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat 'peace'.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

"Kenyataan media berkaitan kes ini akan dikeluarkan,"katanya ketika dihubungi.

-----

Pemandu langgar atlet kayak didapati positif alkohol

Johor Bahru: Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi sebelum dirempuh kereta dipandu suspek dari arah belakang pada 4.30 petang.

Beliau berkata, kereta suspek dari arah belakang mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa.

Menurutnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa kini dirawat di hospital di Iskandar Puteri.

"Polis sudah menahan pemandu lelaki itu.

"Ujian saringan pernafasan ke atas pemandu yang berusia 30-an mendapatinya positif alkohol manakala ujian air kencing pula bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

"Siasatan mendapati suspek memiliki tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Raub berkata, lelaki berkenaan ditahan selama 24 jam untuk siasatan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.

"Pihak polis memohon saksi yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014 6977122," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kelantan: Air tak keluar setitik pun sejak 5 tahun lalu, letihlah berharap dekat AKSB

SITI NUR ZAWANI

Seorang penduduk di Kota Bharu meluahkan rasa kesal terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan kerajaan negeri yang seolah-olah tidak ada usaha menyelesaikan masalah air bertahun-tahun.

Penduduk dari Kampung Jelawat, Fahayu Ramli, 38, berkata, sejak lima tahun lalu setitik air pun tidak keluar dari paip rumahnya.

Tetapi yang menambah rasa kesal apabila dia terpaksa membayar bil meter semata-mata.

“Sejak lima tahun lalu kehidupan kami anak beranak hanya bergantung kepada air telaga tiub. 

“Lebih sedih air telaga tiub keruh dan berbau menyebabkan habis pakaian rosak.

“Paip AKSB tidak mengeluarkan air setitik pun sejak lima tahun lalu dan sudah letih untuk berharap kepada AKSB bagi menyelesaikan masalah air,” katanya memetik laporan Berita Harian semalam.

Pada masa sama, Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Aiman Yusri Mohd Yusof menyifatkan kerajaan negeri seolah-olah gagal menyelesaikan masalah berkenaan kerana sehingga kini rakyat berdepan masalah sama.

“Bukan hanya satu daerah, sebaliknya semua daerah berdepan masalah air. Ada yang saya turun padang melihat penduduk terpaksa mengambil air sungai sejak beberapa tahun disebabkan bekalan air tiada.

“Sehingga kini selepas lebih 30 tahun, saya tidak nampak usaha Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan kerajaan negeri dalam menangani masalah air.

“Sepatutnya AKSB atau kerajaan negeri menambah bilangan lori bagi menghantar bekalan air ke kawasan yang terjejas, bukannya hanya mengumumkan projek jangka masa panjang semata-mata,” katanya seperti dilapor.

Aktivis politik meninggal dunia dalam tahanan

BHarianonline 
Netiporn Sanesangkhom melancarkan mogok lapar sejurus selepas penahanannya untuk membantah sistem keadilan Thailand. - Foto AGENSI
Netiporn Sanesangkhom melancarkan mogok lapar sejurus selepas penahanannya untuk membantah sistem keadilan Thailand. - Foto AGENSI
BANGKOK: Seorang aktivis politik Thailand meninggal dunia dalam tahanan hari ini , kata Jabatan Pemulihan.

Kumpulan bantuan undang-undang berkata, mangsa melakukan mogok lapar semasa penahanan praperbicaraannya atas tuduhan termasuk menghina monarki negara.

Netiporn 'Bung' Sanesangkhom, 28, adalah sebahagian daripada kumpulan antimonarki kecil yang dipanggil 'Thaluwang,' membawa maksud "menghancurkan istana", dengan menganjurkan tindakan seperti tinjauan pendapat serta mempersoalkan kuasa monarki dan mengadakan perhimpunan kecil bagi membebaskan anggota yang ditahan.

Dia dipenjarakan sejak 26 Januari lalu.

Pada mulanya Netiporn ditahan selama sebulan atas tuduhan menghina mahkamah berkaitan pergelutan dengan pengawal mahkamah pada 2023, menurut kumpulan bantuan guaman Thai Lawyers for Human Rights.

Penahanan praperbicaraannya dilanjutkan selepas mahkamah membatalkan jaminannya daripada kes berasingan iaitu penghinaan diraja dan ia berpunca daripada protes pada 2022, kata kumpulan bantuan guaman itu.

Semasa dalam tahanan, Netiporn enggan mengambil makanan dan air selama sebulan sebagai protes terhadap aktivis politik yang tidak diberikan jaminan.

Dia kemudiannya mula mengambil minuman pada akhir Februari dan makanan pada April selepas dihantar ke hospital penjara kerana kesihatannya yang semakin merosot, kata kumpulan bantuan guaman itu.

Jantung Netiporn "berhenti secara tiba-tiba" harii ini, kata jabatan itu dalam satu kenyataan dan pasukan perubatan di hospital penjara cuba memulihkannya sebelum menghantarnya ke hospital Universiti Thammasat di mana dia diisytiharkan meninggal dunia.

Jabatan itu berkata, hospital universiti akan menjalankan bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Netiporn menghadapi tujuh kes mahkamah berkaitan kegiatannya, termasuk dua pertuduhan pelanggaran lese majeste atau menghina monarki.

Undang-undang lese majeste Thailand adalah salah satu yang paling ketat di dunia bagi melindungi istana daripada kritikan dan membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap pelanggaran.

Lebih 272 orang sudah didakwa menghina monarki sejak 2020, dengan 17 daripada mereka kini dipenjarakan dalam tahanan praperbicaraan, menurut Peguam Hak Asasi Manusia Thai.

Dua lagi aktivis kumpulan Thaluwang yang ditahan dalam tahanan penahanan praperbicaraan sejak Februari turut melakukan mogok lapar.

Dua lagi ahli kumpulan itu sudah melarikan diri dari negara itu, dan ahli yang selebihnya tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. - REUTERS

Hasil siasatan kes anak MB Perlis minggu depan, kata SPRM

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak menteri besar Perlis dan beberapa individu lain.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman, berkata hasil siasatan dijangka diperoleh minggu depan.

“SPRM sedang lengkapkan siasatan, saya harap akan ada keputusan (hasil siasatan) minggu depan, mungkin selewat-lewatnya Rabu depan,” katanya menurut Sinar Harian.

Anak lelaki Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April lalu bersama empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu RM600,000.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen membabitkan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga kini yang menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Azmi menafikan dakwaan lima Adun Perlis akan ditahan SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Identiti lima wakil rakyat daripada PAS dan Bersatu itu didakwa disebut anak Shukri ketika siasatan SPRM.

“Buat masa ini, dakwaan tersebut tidak betul,” katanya sambil menafikan sekumpulan anggota SPRM Putrajaya di Perlis sejak beberapa hari lalu selepas mendapat maklumat baharu

Bekas askar jumpa makhluk asing minta alat ganti

KOSMO
Makhluk asing tersebut dikatakan meminta bantuan mengenai alat ganti kenderaan angkasanya. – Getty Images
WASHINGTON –  Seorang bekas anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) mengaku bahawa  dia  bertemu dengan makhluk asing, demikian menurut pakar objek terbang tidak dikenali (UFO), Courtney Marchesani seperti laporan akhbar Daily Star semalam.

Marchesani menceritakan demikian ketika mendedahkan kisah Jason Sands. Bekas anggota USAF itu  mendakwa bahawa Pentagon menjalankan program kejuruteraan rahsia melibatkan teknologi makhluk asing.

Kata Marchesani, Sands mengaku pernah  bekerja untuk sebuah pasukan rahsia ditugaskan untuk mencari dan menyiasat nahas UFO.

Menurutnya, Sands mengalami pertemuan pelik dengan makhluk asing berhampiran kawasan larangan dikenali sebagai  Area 51 di negeri Nevada.

“Terdapat konvoi yang meninggalkan Nellis (pangkalan USAF di selatan Nevada) dan mereka diberitahu oleh komander konvoi supaya  tidak bercakap dengan sesiapa di gurun Nevada.

“Namun, ada ‘seseorang’ dilihat berjalan bersendirian di jalan raya dan dia  kelihatan letih, menyebabkan konvoi tentera berhenti.

“Sands berada di tempat duduk penumpang. Sands menurunkan tingkapnya untuk bercakap dengan orang itu dan bertanya sama ada dia memerlukan bantuan.

“Namun, individu berkenaan sebenarnya bukan manusia. Ia adalah makhluk lain. Ia bertanya kepada Sands di mana ia boleh mendapatkan alat ganti untuk kapal angkasanya,” kata Marchesani dalam segmen audio siar, Disclosure Team.

Tambah Marchesani, Sands kemudian mencadangkan agar ‘pengembara angkasa’ itu meminta bantuan di kawasan Area 51.

“Namun, ia menjawab ‘tidak mahu’, dan itu sahaja cerita yang saya dengar,” ujarnya.

Sands sebelum ini dikenali sebagai individu kontroversi yang banyak membuat dakwaan mengenai UFO dan kaitannya dengan USAF. – AGENSI 

Ratusan tebuan serang tentera Israel

KOSMO
Unit infantri bersama kereta tebal dikerahkan ke Genting Gaza sejak minggu lalu. - EDITORJI
TEL AVIV – Kira-kira 12 askar Israel cedera akibat disengat kawanan tebuan dalam kejadian di selatan Genting Gaza pada Jumaat minggu lalu, lapor akhbar The Times of Israel. 

Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv memaklumkan, seramai 10 daripada mereka dibawa ke fasiliti tersebut untuk menerima rawatan dan seorang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

Insiden yang digelar ‘amukan tebuan’ itu berlaku ketika operasi melibatkan Briged Divisyen Selatan di Gaza.

Media tempatan melaporkan, sebuah kereta kebal telah merempuh sarang tebuan hingga menyebabkan sebilangan  anggota tentera disengat oleh beratus-ratus tebuan.

Beberapa doktor di hospital tersebut berkata, mereka tidak pernah berdepan kes seperti itu.

“Unit ICU, anestesia, rawatan toksikologi dan pakar mata dikerahkan untuk merawat kumpulan mangsa yang cedera,” demikian menurut  media tempatan. – AGENSI 

Dipaksa layan nafsu 35 lelaki sehari

Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Guna taktik tawar kerja kosong sebagai operator kilang dan pembantu rumah di negara ini dengan gaji lumayan.

Mangsa yang berjaya dibawa masuk ke negara ini sebaliknya dikurung dan dipaksa bekerja sebagai pelacur.

Itu antara kegiatan lapan ahli Geng Bala yang berjaya diberkas polis menerusi lima serbuan dijalankan di bandar raya ini dan Kulai antara 21 April hingga 1 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menyelamatkan 13 wanita warga asing berusia 22 hingga 49 tahun yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati sindiket terbabit aktif melakukan aktiviti persundalan itu sejak November tahun lalu.

Katanya, sindiket menggunakan modus operandi (MO) dengan memperdaya mangsa kononnya menawarkan kerja sebagai operator kilang dan pembantu rumah menerusi ejen.

"Mangsa kemudiannya diuruskan ejen pekerjaan termasuk tiket penerbangan dan pas lawatan untuk memasuki negara ini.

"Apabila tiba di negara ini menerusi pintu masuk antarabangsa, mangsa akan diajar memasuki negara ini untuk tujuan melancong dan diberikan wang 'show money' sebelum dibawa ke rumah transit," katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, tadi.

Kumar berkata, sekiranya kemasukan mangsa ditolak pihak berkuasa di pintu sempadan, mereka akan dibawa ke negara jiran dan dibawa masuk ke negara ini menerusi jalan tidak diwartakan.

Beliau berkata, ketika mangsa berada di rumah transit, pasport serta telefon bimbit akan dirampas ahli sindiket sebelum mangsa dimaklumkan bahawa tiada lagi pekerjaan sebagai pekerja kilang mahu pun pembantu rumah.

Menurutnya, mangsa ditawarkan pekerjaan sebagai pelacur dan sekiranya mangsa enggan, mereka dikehendaki membayar ganti sebanyak RM11,000 sebagai kos perbelanjaan ke negara ini.

"Mangsa terpaksa menjadi pelacur dan hasil siasatan mendapati mereka terpaksa melayan sehingga 35 pelanggan sehari dengan bayaran antara RM100 hingga RM200 manakala untuk semalaman sebanyak RM300," katanya.

Kumar berkata, lapan ahli sindiket yang diberkas itu terdiri daripada empat warga tempatan termasuk ketua sindiket dan empat warga asing.

Beliau berkata, polis turut merampas 13 telefon bimbit pelbagai jenama, 41 keping kondom, 24 buah pasport negara asing, wang tunai RM8,730, buku catatan aktiviti pelacuran dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.

Menurutnya, kesemua mangsa ditempatkan di rumah perlindungan sementara manakala kesemua suspek dituduh di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru.