Lelaki warga asing mengamuk guna senjata tajam

Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my
Tangkap layar video seorang lelaki yang dipercayai bertindak agresif dan mengamuk menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai, Kepong ditahan polis, semalam. FOTO tular
Tangkap layar video seorang lelaki yang dipercayai bertindak agresif dan mengamuk menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai, Kepong ditahan polis, semalam. FOTO tular
Kepong: Sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai di sini, semalam kecoh apabila lelaki warga asing bertindak agresif dan mengamuk menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, bagaimanapun dalam kejadian 11.30 pagi itu, lelaki berkenaan berjaya di tahan polis dengan bantuan orang awam.

"Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor D Velraj di talian 013-3631913.

"Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Terdahulu, satu video memaparkan seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menimbulkan kekecohan dan bertindak agresif di sebuah pangsapuri dikongsikan orang awam di media sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan