Pengundi Cina di UPU Larut Tin bantah kerajaan kudeta Zamry!




SOKONGAN rakyat terhadap Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin masih mantap dan rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN melalui Dr Zamry Abdul Kadir tidak boleh di terima sama sekali dan dibantah oleh mereka.

Pada Majlis Dialog Isu-Isu Semasa yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Sentosa, Larut Tin, Nizar menyifatkan rampasan kuasa terpaksa dilakukan oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana bimbang segala perubahan dan kemudahan yang dilangsungkan oleh Pakatan Rakyat akan memadamkan terus nama BN di Perak.
Bagi menarik perhatian orang-orang Melayu, jelas Nizar, BN memainkan isu pemberian hak milik kekal tapak rumah kepada kaum Tionghua, sedangkan jumlah keluasan tanah yang diberikan kepada orang-orang Melayu jauh lebih luas berbanding mereka.

Lebih 300 hadirin yang terdiri dari masyarakat Cina mengajukan beberapa persoalan tanah kepada Nizar dan ternyata mereka amat kecewa apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan secara tidak bermoral oleh BN.
Rata-rata mereka tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan oleh BN itu, dalam mendapatkan kuasa hingga sanggup mengetepikan etika demokrasi. Namun, mereka tidak akan berganjak dari Pakatan Rakyat sekalipun BN menguasai negeri itu semula.

Nizar dalam ucapannya mengajak para pengundi di UPU Larut Tin itu untuk menolak calon BN, Ismail Safian sebagai tanda protes dan mengembalikan hak rakyat ke tempat asalnya.

"Kalau tuan-tuan, puan-puan mahu Pakatan berkuasa semula di Perak, pilihan raya nanti kena undi bulan. Kita mesti tolak itu calon BN. Mereka sudah hantam kita secara tidak bermaruah," tegas Nizar sambil disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan