PPSMI: GMP dipanggil polis, ini baru masuk 'gear' satu!

Ali Bukhari Amir 
"22 orang termasuk Dato' Hasan, Pak Samad dan Faisal Azizi, NPA PKPIM akan dipanggil pihak polis berhubung himpunan 7 Mac. Mohon dokongan doa dan sokongan teman-teman. Mereka bukan penjenayah, melainkan hanya pejuang bahasa," kiriman SMS ini saya percaya sudah terbenam sejak semalam kepada mana-mana orang pun.

Pedulikan soal berapa ramai yang akan dipanggil. 5 orang, 10 orang atau 20 orang. Pedulikan berapa jumlah yang bakal ditahan nanti. Angka tidak penting. Angka boleh berubah-ubah seperti jumlah undi dan peratusan undi. Yang tetap tidak berubah adalah kebodohan Umno dalam mempertahan PPSMI itu.

Ketika Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) mula dilancarkan penubuhannya dan namanya mula diisytiharkan di Sogo, sebenarnya itu 'warming up' atau pun acara memanaskan badan saja.

Polis pun masih tabik, rasa segan, malu alah kepada tokoh-tokoh budayawan serta ahli bahasawan ini. Lama-kelamaan nanti mereka akan bersikap biadap seperti biasa pula.

Sesiapa yang hadir di Sogo semasa awal-awal kemunculan GMP pasti kecewa. Betul.. memang ramai yang 'kaciwa'. Mereka ini tiba tepat sekitar jam 3 petang. Tiba-tiba sahaja dah habis?! Apa kes?

Saya tiba dari Gombak. Memang jam 3 petang. Tiba-tiba dah tamat?! Walaupun hujan jam 3 petang itu, semangat yang masih membara dan ternyala dalam sekam jiwa rakyat tidak mudah padam oleh kesejukan cuaca dingin. Kedinginan air hujan bukan boleh memadamkan kemarahan rakyat sejak sekian lama mereka menderita di bawah dasar PPSMI ini.

"2:30 petang kami tiba. 2:45 petang tadi polis minta kami mulakan segera ucapan-ucapan, kemudian tamat," kata seorang teman.

Saya lihat ke belakang. Masih berduyun-duyun orang tiba, dan semakin ramai pula! Itu yang terjadi pada hari Sabtu saat GMP dibidankan di tengah hujan dingin di Sogo. Polis-polislah yang datang menatangnya.

Ramai juga wartawan yang kecewa kerana acara itu mereka fikir sudah tamat. Ini semua kerja polis.

"Selalu demo ni, kalau kata jam 3 petang, 3:30 petang baru bermula," kata Nik Nazmi yang saya temui di situ.

Pensyarah-pensyarah, budayawan dan tokoh bahasa baru belajar demo," kata Dinsman. "Jadi.. memang ada masalah sikit. Mereka tiada banyak pengalaman."

Kelibat Dato' Hasan Ahmad saya ikuti ke mana sahaja. Perlahan sungguh dia cakap. Sukar didengar isi butiran percakapan beliau ini. Rokok saling bertukar kedudukan dari tangan kanan ke tangan kirinya. Itu saja yang jelas kelihatan.

Seorang ketua polis berbangsa India yang bertanggungjawab mengawal rapat umum di situ akhirnya terpaksa bertindak. Dia bertemu Dato' Hasan dan berbincang secara baik. Saya lihat Puan Ainon meneliti isi percakapannya. barangkali peristiwa itu berlaku sekitar jam 4:30 petang.

"Apa dah jadi Puan Ainon?" saya bertanya. "Polis India tu cakap apa?"

"Dia minta Dato' Hasan beredar," jelas Puan Ainon. "Selagi mana orang tua tu tak pergi, orang ramai tak akan berganjak dan wartawan tak akan balik."

Akhirnya, Dato' Hasan pulang juga. Dan, itulah yang berlaku pada 31 Januari lalu. Tak apa. Ini baru masuk 'gear' yang pertama. Mungkin pejuang bahasa sudah lama tidak mengusung keranda bahasa sejak bahasa kita ditalkinkan Umno dahulu.

Selepas mereka dipanggil polis nanti, semangat mereka akan bertambah kuat apabila terpaksa bertempur dengan kebodohan polis kelak. Geram dan menyampah rakyat yang semakin meluap-luap dan membuak-buak inilah yang menyebabkan gerakan ini bertambah laju dan lancar untuk masuk ke 'gear' kedua dan seterusnya.

Gapena taat kepada polis yang salah tu kenapa?
Tapi apa yang lebih mengecewakan ialah sikap dan pendirian Gapena sendiri. Apakah wartawan salah lapor, Tan Sri Ismail Hussein tersalah sebut, kita tidak tahu.                                                                                                    Baca selanjutnya:- 
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019827&Itemid=60

Tiada ulasan:

Catat Ulasan