Siapa Mahathir Yang Mendalangi Najib di Dalam UMNO?

Suatu masa dahulu, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang memegang jawatan paling lama. Sungguh lama sehingga tak boleh kira berapa bilangan rakyat marhaen yang berdoa supaya dia pendek umur. Almaklumlah bila dah lama sangat pegang kuasa, maka mudahlah hilang 

pertimbangan. Dah tak fikir kepentingan rakyat, semuanya mementingkan kronik dan juak-juak sahaja. Jika tidak setuju, boleh sahaja buka kembali lembaran nota reformasi.

Jasanya kepada Malaysia memang ada. Tidak dapat dinafikan. Cuma jasanya jugalah yang menyebabkan Umno dan Barisan Nasional menjadi mudah lupa diri. Dek kerana ada kuasa, maka sesuka hati sahaja menindas rakyat kecil. Rumah-rumah rakyat dirobohkan, peruntukan Sekolah Agama Rakyat(SAR) ditarik, biasiswa dimansuhkan dengan pinjaman, Tanah Rizab Melayu boleh digunapakai atas nama kepentingan umum, SPR yang tidak berwibawa, Kuasa Sultan dan raja dilucutkan, polis dan makhamah diperkudakan dan diletakkan di bawah kuasa eksekutif, politik wang dan 1001 jasa lagi.

Yang disenaraikan itu sedikit sahaja. Belum dicampur dengan penghinaan terhadap hukum hudud. Namun selepas beliau dikatakan bersara - kini beliau sedikit sebanyak apa yang dilakukan oleh beliau kepada rakyat kian dilupakan. Namun jasanya yang terbesar ialah sumbangan beliau kepada Umno dan Barisan Nasional dalam mengurangkan majoriti 2/3 di dewan rakyat. Dan kini beliau telah kembali ke dalam Umno seolah-olah memberi isyarat bahawa beliau mampu menjatuhkan Umno dan juga menaikkan Umno.

Semua orang tahu Najib adalah anak murid kesayangan Mahathir. Biarpun Mahathir pernah menempelak Najib dengan menuduhnya sebagai pengecut, tetapi ia hanyalah cubit-cubit sayang. Ia sekadar teguran berlapik supaya Najib lebih aggresif bertindak untuk menuntut haknya dan seterusnya menjadi PM yang ke-6 dengan lebih segera.

Kini, beliau bertindak sebagai penasihat utama kepada Najib. Silap-silap, Najib hanya akan menjadi boneka sahaja. Ini kerana Najib sendiri mengetahui siapa yang bermusuhan dengan Mahathir maka jangka hayat politiknya tidak akan panjang. Maka Najib mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Mahathir. Buktinya kabinet yang telah diumumkan oleh Najib semalam.

Apakah keistimewaan Mukhriz untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri? Atas kapasiti apa? Di dalam pemilihan Umno, Khairy memenangi Ketua Pemuda, Khir mendapat tempat kedua dan Mukhriz mendapat tempat ketiga. Jika diteliti jika Najib tidak menginginkan KJ sebagai menteri sepatutnya beliau melantik Khir Toyo sebagai Menteri atau senator dan bukannya Mukhriz. Dan Mahathir berlepas tangan dengan menyatakan beliau tidak ambil ‘pot’ dalam pemilihan kabinet baru ini.

Ramalan saya, sampai satu masa nanti murid akan berlawan dengan guru. Sama seperti yang terjadi kepada Anwar dan Mahathir. Tidak mustahil satu hari nanti, Najib mula muak kerana sentiasa di arah oleh Mahathir. Mahathir pula kelihatannya masih terliur untuk terus berkuasa dan seperti gian untuk terus duduk di kerusi empuk tersebut. Walaupun umur sudah lanjut tetapi nafsu tidak pernah lanjut usianya. Ia sentiasa muda.

Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja. Kebanyakan kabinet yang dilantik Najib bukanlah satu kejutan. Juak-juak pengampu masih dikekalkan. Yang tidak berkaliber masih lagi dilantik. Yang dibersihkan hanyalah sesiapa yang dalam team Pak Lah sahaja. Polisi yang akan datang tidak mustahil lebih kepada mirip kehendak Mahathir kerana Najib mengikut sahaja. Sampai bila Najib akan tahan diarah-arah dan diperbudakkan? Kita tunggu dan lihat sahaja!

http://greenboc.blogspot.com 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan