Hujah TV9 : Zahid nafi sahkan kehadiran kepada TV9

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Menteri Pertahanan, Dato' Ahmad Zahid Hamidi menafikan pihaknya memberikan persetujuan untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada rancangan Hujah TV9, 26 Mei lepas.

Dalam satu kenyataan yang difakskan kepada Harakah oleh Pejabat Menteri Pertahanan sebentar tadi, Zahid melahirkan ducakita beliau kerana Husam mendakwa beliau menarik diri daripada menyertai rancangan tersebut.

"Saya tidak pernah mengesahkan kepada TV9 apatah lagi dengan Dato' Husam Musa untuk menyertai siaran langsung rancangan Hujah pada 26 Mei," katanya.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno bagaimanapun mengakui pihak TV9 ada membuat jemputan kepada beliau.

"Penolakan untuk tidak menyertai program tersebut adalah disebabkan oleh komitmen saya terhadap acara-acara lain yang telah diatur pada hari dan waktu yang sama terlebih dahulu dan ini telah saya nyatakan kepada mereka (TV9)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan