N12 Penanti : Badrul Hisham Akan Disiasat Polis

Wan Nordin Wan Yaacob  

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Akibat berceramah sempena kempen pilihan raya kecil Dun Penanti, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam pada jam 3.30 petang ini.

"Seperti dimaklumkan semalam saya dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Penyiasat Kanan IPD Seberang Perai Utara. Memberikan 'arahan' untuk hadir memberikan kenyataan di IPD Bukit Mertajam secepat mungkin kerana wujud 'beberapa' laporan polis terhadap ucapan saya," katanya.

Badrul Hisham kemudian telah memaklumkan kepada pegawai itu akan hadir hari Jumaat (hari ini) oleh kerana semalam berada di Perak untuk berceramah dan selepas di Perak akan terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (28 Mei) dimaklumkan sekumpulan anggota Polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban. Kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar, Polis telah hadir dengan meminta disampaikan amaran supaya saya hadir esok juga ke IPD Bukit Mertajam kerana akan didakwa esok," katanya.

"Kehadiran anggota polis beruniform dan lebih dari sekali mungkin untuk menakutkan dan mengganggu.

Badrul Hisham disabitkan seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan.

"Tidak gentar dengan 'ugutan' regim yang berselindung disebalik polis maka saya akan hadir pada (Jumaat/ 29Mei) 3.30 petang," katanya.

"Bn tidak bertanding tetapi terliur hendak masuk gelanggang. Masih ingat beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lepas jika PAS bertanding maka keADILan akan dihalang buat program, tetapi di Penanti kali ini jelas PDRM/SPRM berat sebelah Umno diberikan permit buat program dan ceramah, malam tadi Umno buat program di Guar Perahu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan