Mohd Sabri Said | |
PULAU PINANG, 11 Julai (Hrkh) - Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa. "Takut dengan bayang-bayang sendiri," demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu. Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi. Selain Khairy, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya juga tidak hadir dalam debat yang mengulas isu; 'Wacana Minda Perpaduan Ummah'. Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlaku di negara selain mendapat pandangan daripada berbagai pihak termasuk PAS yang dikatakan mempunyai banyak formula untuk tanganinya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan