KUALA KRAI - "Sehingga lima bulan pertama tahun ini sahaja, JKM telah membelanjakan RM21.7 juta, tetapi kerajaan negeri PAS pula hanya mengeluarkan dana bernilai RM2.5 juta untuk membantu rakyat mereka sendiri,"kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno .
Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan sebanyak RM89.8 juta untuk membantu rakyat miskin khususnya kaum wanita di negeri Kelantan sejak Januari 2007 hingga Mei lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata lagi , "dalam tempoh yang sama pula, kerajaan negeri hanya membelanjakan sebanyak RM23.5 juta.
Katanya, jumlah itu menjadi salah satu bukti keprihatinan Kerajaan Pusat membantu rakyat jika dibandingkan kerajaan negeri yang hanya 'gah' bercakap dengan usaha membangunkan negeri itu.
"Tahun lepas pula, kita belanja RM41.2 juta berbanding kerajaan negeri sebanyak RM11 juta, manakala tahun 2007, kita membelanjakan RM26.9 juta jika dibandingkan dengan mereka iaitu hanya RM10 juta," katanya.
Johor Daily mendapati ini adalah kempen pertama BN di Manek Urai yang melibatkan dan menjanjikan wang. Juga Johor Daily pernah diberitahu oleh seorang ahli AMK yang menyertai program menyalurkan bantuan makanan di Parlimen Batu Pahat, sumber itu berkata, " kawasan yang kami pergi, penduduk fakir-miskin mendakwa belum pernah menerima sumbangan dan bantuan dari JKM atau mana-mana pihak".
http://johornews.blogspot.com/
01.07.2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan