Umno-BN: PEMUDA UMNO KUTIP DERMA 10 SEN BAYAR DENDA

Oleh: Mandor Spg Dian


AKU tersenyum bila baca berita dari Malaysiakini yang melaporkan bahawa 4 pemimpin Pemuda Umno yang telah didenda RM1,000 seorang oleh Jawatankuasa Khas Parlimen bersetuju untuk kutip derma 10 Sen dari Pemuda Umno bagi membayar denda tersebut. Inilah masanya untuk menunjukkan perpaduan kononnya. Baguslah idea tu kerana aku pun simpati juga dengan nasib mereka sebab aku tahu puak-puak Umno ni amat sensitif dengan duit. Kalaulah mereka datang jumpa aku, aku akan derma lebih lah sikit mungkin aku akan hulur 30 sen sama harga dengan nilai untuk masuk tandas awam terkencing.

Cuma aku kurang bersetuju bila puak-puak tu kata jika ada kutipan berlebih nanti, mereka nak belikan 2 kerusi roda bagi OKU di Parlimen. Aku tak setuju bukan apa, pertamanya aku rasa biarlah Parlimen yang mengeluarkan peruntukan tersebut bagi menandakan pengiktirafan Parlimen kepada OKU. Atau mungkin juga Pemuda Umno ingin menyindir Parlimen kerana gagal memenuhi keperluan OKU di Parlimen? Seharusnya Tuan Speaker peka dengan sindiran mereka ini. Keduanya, tentu lebih afdhal jika Pemuda Umno gunakan duit berlebihan itu untuk membeli `dua batang nisan' sebagai simbolik kepada Umno sebagai persediaan mereka selepas pilihanraya kecil Manek Urai nanti. Sebab, aku difahamkan Pas telah pun menempah `batu nisan' tersebut awal-awal lagi. Malulah Pemuda Umno jika Pas pula yang belikan `batu nisan' untuk `kubur' mereka.

Ketiganya yang aku kurang bersetuju ialah mengapa beli dua je kerusi roda tersebut? Adalah lebih baik jika dibelikan tiga kerusi roda kerana satu lagi boleh didermakan kepada seorang Adun OKU yang `jenis melompat' di Perak itu? Tentu Adun OKU di Perak tu terasa hati kerana seolah-olah Pemuda Umno tidak menghargainya sedangkan Pemuda Umno bukan tidak tahu betapa besarnya `jasa' Adun OKU tersebut di dalam memberikan `nyawa' Umno di Perak sehingga mendapat kuasa dengan begitu mudah sekali. Atau, mungkin juga Pemuda Umno menganggap Adun OKU Perak tersebut tidak perlu dibantu kerana sudah kaya raya dan bergelar jutawan segera sekarang.

Apa-apa pun aku harap tindakan yang sama jangan pula dilakukan terhadap pihak Polis yang menceroboh Dun Perak yang lalu. Bukan apa, aku kesihan kat Polis kerana maklumlah gaji Polis banyak mana la sangat, kalau kena denda RM 1.000 tak makanlah anak bini mereka nanti. Satu lagi, aku cadangkan apa kata jika akhbar Utusan Meloya atau pun TV3 buat kempen kutip derma seluruh Malaysia seperti kempen derma mangsa Palestine tu untuk bantu Pemuda-Pemuda Umno yang telah `dizalimi' itu? Bukankah mereka-mereka itu pejuang Melayu tulen?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan