Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Selain menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan RM3,000 denda untuk Tian Chua, Hakim Mahkamah Majistret, Mohd Faizi Che Abu juga menjatuhkan beberapa hukuman penting sebelum ini.
Antaranya menjatuhkan hukuman denda RM700 atau tiga hari penjara ke atas Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzuan selepas mengaku salah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim.
Rosman adalah suami kepada aktres Noniswara Baharudin.
Hakim Mohd Faizi juga adalah hakim yang bertindak sebagai koroner yang memutuskan kematian aktres Sujatha sebagai kes bunuh diri.
Sujatha ditemui mati bersebelahan dengan sekeping gambar lelaki iaitu S. Vell Paari, ketua Maika Holding yang juga anak kepada Presiden MIC, S Samy Vellu.
Semalam Mohd Faizi menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada anggota Parlimen Batu, Tian Chua.
Denda RM3,000 bererti Tian Chua akan hilang statusnya sebagai anggota Parlimen kerana mengikut undang-undang sesaorang akan kehilangan kerusi wakil rakyat jika disabit kesalahan dan didenda lebih dari RM2,000 atau setahun penjara.
Tian chua dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis oleh hakim itu.
Dalam keterangannya di Mahkamah, polis itu mengaku dia menumbuk Tian Chua sebelum digigit oleh Tian Chua. Hakim mendapati Tian bersalah kerana yang dibicarakan adalah Tian bukan polis itu. Dia juga percaya kejadian itu benar-benar berlaku.
Tian Chua pula ketika bertemu media di Parlimen semalam berkata, semasa perbicaraan di mahkamah, tidak ada sebarang saksi dikemukakan oleh pendakwa yang menyokong dakwaan polis itu.
Video kejadian yang ditayangkan juga hanya menunjukkan pergelutan berlaku tetapi tidak menunjukkan dia menggigit polis berkenaan, kata Tian.
Tian akan membuat rayuan ke atas keputusan mahkamah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan