KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
Wartawan Harakah Terengganu
KEMAMAN: Pemuda merupakan pemimpin masa depan sesebuah negara yang bakal mencorakkan pemerintahannya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, mahu tidak mahu generasi muda hari ini bakal memimpin negara dimasa hadapan.
Katanya, apabila mendapat kuasa dan memerintah pelaksanaan lebih penting daripada teori dan slogan.
“Saya berpesan kepada kamu (pemuda). Kamu sekarang ini bukan lagi berada di zaman slogan dan teori tetapi kamu (pemuda) berada di zaman pelaksanaan.
“Bila kita sudah dapat memerintah kita kena tunjuklah. Bagaimana sistem zakatnya, macam kehidupan pemimpin yang dapat kuasa dan sebagainya.“Dan bukan lagi kita bercakap tentang pemimpin Saidina Umar Abdul Aziz (teori) tetapi peringkat pelaksana,” ujarnya ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Himpit 10K 2009, di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman pada 29 Oktober lalu.
Ini kerana, katanya orang bukan Islam telah mula dapat menerima pendekatan Islam dan cara Islam memerintah.
Menurutnya, penyelesaian kepada segala permasalahan kehidupan boleh diselesaikan dengan Islam.
“Sebab itu, orang sudah terima (Islam) sekarang. Ini termasuk orang bukan Islam iaitu Islam sebagai penyelesaian.
“Saya yakin orang Cina, orang India berpotensi besar untuk memeluk Islam dimasa akan datang jika kita (PAS) dapat memperhebatkan (pelaksanaan teori),” jelasnya.
Katanya, apa yang dilakukan itu akan dilihat oleh manusia dimasa akan datang bagaimana kehebatan Islam mentadbir dunia.
Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Yang Dipertua PAS Kemaman, Harun Ismail dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan