Lawak 1Malaysia: Kayuh basikal 2,700 km, 100 kilometer (km) sehari selama sembilan hari ?

MERSING: Seramai 65 anggota Komando 21 Grup Gerak Khas (GGK) tidak menghadapi masalah mengayuh basikal sejauh 100 kilometer (km) sehari selama sembilan hari bagi menjayakan Ekspedisi Berbasikal menjelajah Utara-Selatan yang berakhir semalam.

Pasukan tentera elit dari Kem Iskandar, di sini, diketuai Mejar Alfarizan Marzukir, 32, menamatkan jelajah sejauh
2,700 km bermula dari Padang Besar, Perlis, 9 Disember lalu dan menamatkannya di Taman Wawasan, di sini, semalam.

Mejar Alfarizan berkata, sepanjang perjalanan sembilan hari itu mereka singgah di beberapa lokasi, termasuk Kepala Batas, Kedah, Taiping dan Bagan Datuk, Perak, Kuala Selangor, Rantau, Negeri Sembilan, Bandar Melaka, Parit Raja, Batu Pahat, Johor Bahru dan Tenggaroh sebelum ke penamatnya di Taman Wawasan.

“Ekspedisi ini bertujuan memperkenalkan slogan 1Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia dari Utara hingga Selatan, selain melihat pembangunan dilaksanakan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Kami tidak menyangka mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat hinggakan di semua lokasi persinggahan, kami mendapat layanan istimewa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, selain memperkenalkan konsep 1Malaysia, ekspedisi itu bertujuan mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara anggota GGK yang membabitkan pelbagai bangsa dan agama.

Pegawai Waran, Razak Othman, 47, berkata ia ekspedisi berbasikal pertama disertainya dan rasa bertuah kerana terpilih menyertai cabaran merentasi Semenanjung Malaysia.

Katanya, ekspedisi itu menguji mental dan fizikal anggota yang menyertainya dan setiap peserta perlu menjalani latihan selama seminggu sebagai persediaan terakhir.

“Jarak kayuhan yang jauh (100 km sehari) nyata mencabar kemampuan kami dan hanya kerjasama semua anggota membolehkan kami semua menamatkan ekspedisi dengan selamat,” katanya.
-hmetro.com-

100km sehari x 9 hari = 2700km?

1 ulasan:

  1. Salam

    Nampaknya askar kita dah tak ada kerja. Itu sebab leka dengan perkara yang remeh temeh sehingga Injin Jet pun kena curi!

    BalasPadam