Jadi ahli Umno baru dapat kerja?

Sofi Wahab
Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.

Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno.

Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.

Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.

Kepimpinan syarikat dan kerajaan negeri seolah-olah menjadikan syarikat tersebut milik Umno. Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku di negeri Melaka ini.

Pimpinan Umno dan BN negeri ini sudah lama menjadi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri macam harta mereka sendiri. Apa sahaja yang mereka ingin lakukan mereka boleh buat sesuka hati bermaharajalela tanpa batasan dan rasa takut kepada Allah.

Tetapi saya ingin ingatkan diri saya sendiri bahawa kita tidak sentiasa muda dan berkuasa ada lagi Yang Lebih Berkuasa di atas sana.

Suatu hari kita semua akan tua dan kuasa yang ada pada kita akan hilang. Yang kekal hanya 'rumah' beralamat No 2, Jalan Bawah yang dalamnya tidak lebih dari 6 kaki dan lebarnya mungkin 2-4 kaki. Semua kita akan menghuni rumah seperti itu.

Jadi sebelum kita melakukan sesuatu perkara ingatlah .....insaflah .....marilah sama-sama kita takut kepada doa orang yang kena zalim!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan