Sang Kelambai Jadi Pegawai Perdana Menteri

Mohd Sayuti Omar

BERTUA badan, bloger yang menamankan dirinya Sang Kelambai atau Zaharin Mohd Yassin dikatakan akan memulakan tugas baru pada 1 Februari ini. Nampaknya hari ulang tahun Wilayah Persekutuan KL membawa tuah kepada Zaharin. Beliau khabarnya akan dilantik menjadi salah seorang pegawai Perdana Menteri selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas.
Saya tumpang seronok dan gembira atas perkembangan ini. Molek dan kena sangatlah kalau Najib mengambil Zaharin sebagai salah seorang pegawainya. Zahari memang mempunyai pengalaman banyak dalam politik. Dia walaupun begitu tetapi bukan tokoh sembarangan. Kenalan politiknya menjangkau jauh, dari parti kesayangannya Umno kepadalah parti-parti pembangkang seperti Pas.

Dia juga diterima dan dimanfaatkan oleh banyak pihak. Dalam masa tertentu Pas menggunakan Zaharin sebagai pemenuhi majlis ceramahnya. Hujan dan hentaman Zaharin terhadap Umno boleh tahan juga. Salah satu sebab kenapa Abdullah Badawi panas punggung semasa jadi PM ialah gara-gara serangan Zaharin terhadap perdana menteri itu. Istilah kerajaan anak beranak yang dilemparkan kepada Abdullah adalah hasil idea Zaharin.

Begitu juga dari kalangan tertentu dalam Umno menggunakan Zaharin sebagai penyampai sesuatu perkara kepada pihak atasan yang tidak tergamak untuk diucapkan. Setiap kali menjelang perhimpunan agung Umno melibatkan pemilihan Zaharinlah yang akan dicari oleh mereka yang nak bertanding, menjadi tukang kempennya.

Bukan sekali saya sendiri lihat bagaimana keberanian Zaharin dalam mengkiriti seseorang. Dia akan mengherdik sesiapa saja tidak kita menteri, perdana menteri (kecuali agong) jika dia fikir tidak kena pada akalnya. Apa yang beliau lakukan untuk memperbaiki diri dan performance seseorang. Kalau pegawai menteri ialah untuk memperbetulkan pegawai berkenaan.

Gara-gara sikapnya yang out spoken itu menyebabkan pegawai menteri, setiausaha politik, akhbar begitu hati-hati bila berurusan dengan Zaharin. Mereka akan layan Zaharin bagaikan meniti jambatan halus.

Mudah-mudahan dengan tugas baru ini Zaharin akan senang dan dapat membantu Najib sebaik mungkin. Barang kali selepas ini suasahlah nak jumpa Zaharin di lobi-lobi hotel atau pun di The Mall 'zone larangan' tempat para bloger dan broker politik melepak. Dia tentu akan berpejabat di Putrajaya dan menguruskan tugas-tugas tertentu untuk Najib.

Tahaniah kepada Zaharin.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan