Rakyat Perlu Bangkit,Perangi Rasuah

Mohamad Sabu

Semua negara OIC berada didalam katogeri rasuah yang amat tinggi. MalaysiA boleh berbangga diawal pemerentahan Mahathir berada ditangga ke 25 mengikut ukuran Tanspirancy Internatianal,sekarang dizaman Najib jatuh ketempat 57. Rasuah diamalkan di mana-mana saja didunia Islam. Ajaran Islam yang meletakan pemberi rasuah tempatnya didalam neraka dan penerima rasuah tempatnya didalam neraka,apa yang berlaku amat memelukan ,orang Islam lah dikalangan paling tinggi mengamalkan rasuah.

Kita boleh lihat dan alami perbuatan rasuah dilapangan terbang Jeddah,lapangan terbang Karachi, lapangan-lapangan terbang di Indonisia dan banyak lagi pintu masuk negara orang Islam,pegawai kastam atau imigresen meminta wang atau baksis sudah menjadi perkara biasa. Rasuah tidak dipandang jijik,sedangkan rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara menjadi bangkrup dan rakyatlah akan menanggong derita dan melarat. Selalunya pemberi rasuah dan penerima rasuah hidup dalam senang lenang,rakyat jelatalah yang nenanggong beban diatas perbuatan mereka.

Seorang ulamak akan jatuh tersungkur apabila tersiar gambar beliau memakai seluar pendek atau berjabat tangan dengan mana-mana gadis bukan mahram,tetapi ulamak itudituduh dan mengamalkan rasuah selalunya imej dan maruah beliau dapat dioertahankan. Begitulaqh secara umum rasuh dan amalan nya tidak dipandang jijik oleh masyarakat Islam kini.

Kehilangan wang rakyat akibat rasuah dan penyelewengan ribuan juta dari skandel BMF,BIMB,PERWAJA,PKFZ dan enteh berapa banyak lagi skandel rasuah dan penyelewengan telah berlaku diMalaysia. Kajian terperinchi dibuat aleh badan antara bangsa mendapati wang negara Malaysia hilang lebih RM 28 billion setahun. Kehilangan ini amat serious ,20% bajet negara hilang akibat dari rasuah. Oleh itu rakyat perlu dididik supaya benci dan memerangi rasuah. Kalau sifat rakyat tidak berubah terhadap rasuah,apabila Pakatan Rakyat ambil aleh kerajaan maka amalan rasuah dan indek tidak akan berkurangan. Rakyat perlu dididek supaya membenci rasuah samada dilakukan oleh pemimpin UMNO,MCA,PAS,KeADILAN,DAP atau sesiapa saja.

Rakyat mesti berani bertanya siapa sahaja terutama menteri-menteri,exco,wakil rakyat apabila berlaku perubahan mendadak akan harta-harta mereka. Begitu juga dengan kehidupan pegawai kerajaan negeri atau persekutuan tentang pemilikan harta mereka didapati secara betul atau secara rasuah. Rakyat menjadi pengukur utama kepada amalan rasuah.

Rasuah tidak dapat dihapus atau dikurangkan melalui undang-undang semata-mata. Pemimpin yang kuat motivasi untok menentang rasuah,mesti dijelmakan untuk menjadi pemimpin ummah. Rakyat perlu dididik dan diajar supaya benci dan dan terus membenci terhadap amalan rasuah. Ummat Mohamad S.A.W wajib mencontohi Nabi mereka dalam hal membenci dan memerangi rasuah.

Setelah puluhan skaendal rasuah diMalaysia terdedah,nampaknya rakyat masih tidak membenci rasuah. Kini terdedah pula kehilangan cip komputer dari simpanan kargo diPula Pinang, kehilangan injin kapal terbang, entah apa lagi akan hiolang selepas ini, rakyat masih juga tidak membenci dan memerangi rasuah.

Menjelang pilihanraya akan datang eloklah kita menggerakan rakyat seperti himpunan BERSIH untuk rakyat bangun supaya sesiapa yang meambentuk kerajaan selepas mendapat mandat dari rakyat mesti dan wajib memerangi dan membenteras rasuah. Kalau indek rasuah tidak berganjak dan berubah selepas setahun berkuasa maka rakyat mesti terus menentang walaupun kerajaan itu dari BN atau Pakatan Rakyat. Rasuah wajib dibenci oleh sekelian rakyat,.Orang Islam mesti menebus maruah mereka dalam hal rasuah untuk meletakan keyakinan kepada manusia bahawa Islam itu tinggi dan tak ada yang lebih tinggi dari Islam. Rasuah musuh rakyat paling utama, tamatkan monopoli kaum feudal dan kapitalis dengan syarat rakyat bangun memerangi rasuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan