Kurang empat jam, BN tiada calon lagi?

Kurang empat jam lagi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional dijadual mengumumkan calon BN untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, namun sehingga kini, belum ada kepastian siapa bakal calon mereka.

hulu selangor by-election mic division protest 140410 group 04Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan gagal untuk menyakinkan Muhyiddin supaya menerima calon tunggal, Datuk G Palanivel yang dikemukakan parti itu.

Difahamkan Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Menurut sumber MIC, Muhyiddin berkeras mahukan calon lain dan menolak Palanivel - ini menyaksikan tiada penyelesaian dalam kebuntuan itu.

azlanSamy Vellu kemudiannya menuju ke ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan pemimpin lain parti itu untuk menentukan tindakan seterusnya.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam semalam, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Beberapa pemimpin tertinggi MIC ketika dihubungi tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana menurut mereka Samy Vellu engan mendedahkan hasil perbincangannya itu.

Bagaimanapun mereka yakin 'rundingan kedua' di antara kedua-dua pemimpin BN itu akan diadakan sekali lagi tengah hari ini.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan