Muhyiddin VS Najib?

Mohd Nazree Mohd Yunus

Mungkinkah Pagoh bakal menyerang Pekan? Mungkinkah Muhyiddin Yassin berani melanggar Najib? Jika dalam kemelut politik MCA agak menarik untuk kita teliti bahawa Chua Soi Lek (Bekas Timbalan Presiden MCA) telahpun secara berani mencalonkan diri bagi menentang Ong Tee Keat (Bekas presiden MCA) bagi jawatan Presiden dalam pemilihan yang berlaku semalam.

Dan ternyata Chua Soi Lek telahpun menang dan menerima mandat oleh perwakilan. Jadi tidak mustahil untuk kita juga melihat bahawa ada kemungkinan-kemungkinan Muhyiddin akan mencalonkan diri dalam pemilihan UMNO akan datang jika mendapat sokongan akar umbi seperti mana Chua Soi Lek yang mendapat sokongan akar umbi MCA.

Kita berbicara soal ini kerana terdapat ketidak konsistenan Muhyiddin dalam menyokong polisi atau pendekatan Najib melalui 1 Malaysia. Rakyat didahulukan untuk didungukan oleh Najib-Muhyiddin dengan polisi flip flop mereka. Mereka tidak konsisten antara menggagaskan polisi dan implimentasi tindakan. Seorang bercakap soal 1 Malaysia manakala seorang bercakap soal hak Melayu sahaja.

Pertama, tatkala Najib berbicara soal 1 Malaysia, Muhyiddin memfokuskan persoalan Melayu. Ini pertentangan umum yang jelas menunjukkan kontradiksi. Najib melancarkan website 1 Malaysia, Muhyiddin melancarkan My Malaysia. Namun sehingga kini laman My Malaysia (Muhyiddin Yassin untuk Malaysia) sudahpun ditutup kembali. Apakah sebabnya? Ini hanya beberapa nukilan permasalahan di antara mereka. Banyak lagi yang dimaklumi rakyat.

Apakah mungkin tidak ada cara lain bagi Muhyiddin menyelamatkan UMNO melainkan secara berani menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden UMNO menentang Najib sepertimana Chua Soi Lek lakukan terhadap Ong Tee Keat?. Sekarang kononnya UMNO sudah subur demokrasi. Sistem kouta sudah tidak perlu lagi untuk bertanding jawatan termasuk bagi jawatan Presiden. Jadi Najib jangan bimbang dan terkejut jika Muhyiddin bangkit menentangnya dalam pemilihan akan datang.

Jika Muhyiddin merasakan politik Melayu itu boleh meneruskan survival UMNO, mungkin lebih baik Muhyiddin bertanding melawan Najib. Namun jika Najib mersakan strategi 1 Malaysia lebih ampuh, tidak perlu lagi Muhyiddin untuk membising bicara soal Melayu. Realitinya jika, jika dalam kalangan UMNO itu memilih 1 Malaysia, maka sebenarnya pilihan rakyat itu adalah bersama Pakatan rakyat yang lebih jujur menterjemahkan keadilan dan kesaksamaan ekonomi kepada rakyat berbanding UMNO/BN.

Jika ini yang berlaku, tidak ada satu haluan di antara pemimpin nombor satu dan nombor dua (tatkala kononnya Najib menjaja 1 Malaysia), kita selaku Generasi Muda dan Anak Muda tidak boleh menaruh keyakinan terhadap kepimpinan UMNO/BN lagi. Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia bersedia bangkit dan membina Harapan Baru buat rakyat Malaysia melalui kepimpinan yang lebih Berintegriti dan Berkebajikan.

http://minda-pemuda.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan