10,000 Hadiri Ceramah Terakhir Pakatan Rakyat

Ceramah terakhir Pakatan Rakyat menyaksikan kehadiran lebih 10,000 penduduk tempatan, lantas menjadikannya perhimpunan politik terbesar bagi pilihanraya kecil sibu.

Bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam, pengundi membanjiri di lokasi berhampiran Hotel Paramount Sibu bagi mendengar amanat dari tiga pemimpin terkanan gagasan politik baru ini.

Pakatan Rakyat menampilkan 50 ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam perhimpunan aman ini.

Ceramah ini diadakan serentak menyaingi pesta karaoke Barisan Nasional berhampiran Taman Rejang dan sambutan ulangtahun ke-35 syarikat gergasi pembalakan dunia, Rimbunan Hijau, namun dua pesaingnya itu gagal menarik sokongan sebegini rupa.

Acara Najib menyaksikan kehadiran hanya 3,000 orang, yang disajikan dengan nyanyian istimewa oleh isteri Rosmah Mansor, Jamal Abdillah dan jualan keputusan judi 4D.

Di saat-saat terakhir kempen juga menyaksikan Najib Abdul Razak menjanjikan RM5 juga ringgit untuk projek mengatasi banjir Sibu hanya jika memilih calon BN, Robert Lau Hui Yew.

Najib berkata pihaknya akan menandatangani cek RM5 juta ringgit pada hari Isnin, jika Sibu memastikan calon BN menang pilihanraya kali ini.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan