Tolak parti pembohong- Hadi

Harakahdaily
SIBU, 16 Mei:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Sibu memberi pengajaran kepada BN pada Pilihan Raya Kecil kali ini dengan menolak parti itu kerana membohongi rakyat.

Menurutnya, BN hanya menunjukkan keprihatinan mereka bila terdapat pilihan raya, namun yang jelas lebih 50 tahun memerintah, Sarawak masih ketinggalan.

"Pengundi perlu bijak membuat pilihan, BN hanya menjanjikan pelbagai projek segera semasa pilihan raya, sedangkan kenapa sebelum ini sejak lebih 40 tahun memerintah tidak ada peruntukan seperti ini.

"Negeri kaya tetapi rakyat berada dalam keadaan kemiskinan yang teruk tanpa pembelaan. Adakah ini yang rakyat perlukan sekarang?, soal Hadi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah malam terakhir kempen di sini malam tadi.

Lebih 10 ribu penyokong hadir mendegar ceramah oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat malam tadi.

Menjelas lanjut, rakyat Sibu jelas Hadi perlu bijak memanfaatkan pemberian daripada BN namun jangan sesekali termakan janji manis bermusim mereka.

Perdana menteri jelasnya hanya menjadi seperti mesin cetak duit bila tiba pilihan raya dengan pelbagai peruntukan ditabur.

Sehubungan itu katanya, masyarakat Sibu perlu memberitahu BN bahawa rakyat di sini sudah serik dan tidak mahu terus ditipu lagi.

"Saya mahu rakyat Sibu menjadi ikan yang bijak, pilih umpan yang baik sekali tapi hanya makan umpan sahaja jangan sekali-kali makan pancing. Biar dia bawa balik pancing ke Kuala Lumpur dan tenung pancing tersebut kenapa ikan di Sibu tidak terkena pancingnya kali ini.

"Jadi sekarang perlu ada perubahan agar mereka tidak tidur lagi dan takut dengan rakyat Sarawak terutamanya Sibu. Biar mereka tahu rakyat sudah tidak memberi peluang padanya untuk terus menipu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan