Agenda Kickdefella bukan agenda Islam, PAS

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 4 Mei:
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media sejak sebulan yang lalu.

Sebaliknya, menurut beliau PAS bertekad untuk menjatuhkan kerajaan Umno/BN menggunakan pilihan raya secara demokratik.

Ekoran itu, beliau menafikan dakwaan Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang kononnya menerima RM4 juta melalui syarikat Global Media Channel (GMC) untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan