Beretika kah KETUA POLIS SELANGOR?

notan
Assalamualaikum,,..

Ekoran sidang media yang diadakan di rumah arwah Aminul Rasyid semalam, ketua polis selangor dilapurkan mengeluarkan perintah(tak tahu pula setakat kuasa ketua polis selangor) supaya peguam yang mengendalikan kes kematian arwah tidak mendedahkan keterangan saksi yang telah diambil polis. Menurutnya perbuatan mendedahkan keterangan ini adalah perbuatan yang tidak beretika dan menggangu siasatan polis sekaligus meminta media agar tidak menyiarkan sidang media berkenaan. Yang peliknya, kenapa di awal kejadian, ketua polis Selangor tidak bercakap mengenai etika, kenapa polis tidak mahu mendedahkan perkara sebenar dan kenapa ketua polis Selangor meminta supaya ahli politik tidak campur tangan serta kenapa ketua polis negara mengugut untuk memberhentikan operasi menjaga keamanan?

Ketua polis Selangor juga dilapurkan marah dengan sidang media tersebut dan beliau kelihatan seorang yang amat berkuasa sehingga kemarahannya menjadi satu perintah yang mesti diikuti. Siapa Ketua polis Selangor yang begitu berkuasa? Apakah selama ini PDRM yang menentukan segala undang undang atau PDRM hanya menerima amanah untuk menguatkuasa undang undang demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat? Apakah semua tindakan PDRM itu betul?Dan paling penting siapakah yang membayar gaji anggota polis termasuk gaji ketua polis Selangor?

Lebih menjijikkan, ketika lapuran utusan meloya meroyan mengenai kematian arwah Aminul Rasyid yang dikatakan cuba melanggar sekatan polis dan terlibat dengan aktiviti jenayah, ketua polis Selangor diam membisu. Apakah lapuran ini beretika? Sidang media yang diadakan di rumah arwah hanya bertujuan mencari kebenaran atas apa yang berlaku bukan melawan undang undang. Umum tahu bahawa perbuatan Aminul Rasyid yang memandu kereta tanpa lesen itu salah, memecut keretanya apabila terserempak dengan polis juga salah tetapi menembak mangsa tanpa usul periksa lagi salah dan menyebabkan seorang remaja yang sepatutnya diselamatkan dari perbuatan salahnya hilang nyawa sekaligus merugikan negara kerana Aminul Rasyid merupakan kelompok generasi peneraju masa depan negara. Fakta yang paling menyedihkan ialah Aminul Rasyid ditembak dengan wang rakyat dan kerana itu rakyat mahu tahu cerita sebenar kejadian.

Tetapi lapuran utusan meloya meroyan menggambarkan Aminul Rasyid adalah seorang penjenayah yang dikehendaki walaupun kejadian itu disaksikan oleh rakan Animul Rasyid. Jadi justifikasi kepada sidang media tersebut adalah untuk memberitahu cerita sebenar serta tidak ada kena mengena dengan peguam yang terlibat. Ketua Polis Selangor sepatutnya akur dengan kemahuan rakyat yang mahukan kebenaran ditegakkan dan keadilan diberikan kepada semua yang terlibat serta tidak melibatkan peguam yang mengendalikan kes. Juga tidak melarang media untuk menyiarkan intipati sidang media asalkan lapurannya benar.

Siapakah sebenarnya tidak beretika?

-tko-

1 ulasan: