DUN Kedah Tidak Jadi Bubar!

Mohd Sayuti Omar

ANGAN-ANGAN UBN untuk menyaksikan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah bagi membolehkan pilihan raya diadakan tidak kecapaian. Manakala buat sementara waktu Kerajaan Pakatan Kedah dibawah pimpinan Azizan Abdul Razak, boleh menari nafas lega buat seketika. Semua ini ekoran himpunan yang melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Kedan dari Pakatan Rakyat yang diadakan di kompleks Pas Kedah Kota Sarang Semut berjaya.

Semua wakil rakyat terutamanya mereka yang dikaitkan akan berpaling tadah hadir pada malam tersebut. Mereka ialah tiga anggota Exco, dua dari PKR dan satu dari DAP. Seorang Ecco dari DAP ialah Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik, manakala dua anggota Exco dari PKR ialah Adun Bukit Selambau, S Manikumar a/l Subramanian dan Adun Sidam, Tan Chow Kang.

Begitu juga Adun Kulim yang juga dispekulasikan akan meninggalkan PKR, Lim So Nee juga turut sama hadir. Kesemua mereka dilaporkan berucap pada majlis itu dan menyatakan kesetiaan bersama Pakatan Rakyat.

Ekoran suksesnya majlis penerangan dan penjelasan malam semalam berita liar yang sengaja dibawa oleh pihak UBN akan berakhir. Dalam hal ini orang yang merasa lega ialah Azizan Razak. Walaupun sebelum ini beliau berkali-kali menjelaskan bahawa keadaan kerajaan Kedah stabil namun ia tidak mudah untuk dipercayai.

Pihak UBN terus menyerang dan membuat provokasi sehingga ia tidak menyenangkan rakyat Kedah. Walaupun semua pihak membaut pengakuan apa yang didakwakan itu sebagai bohong tetapi hasil perang saraf yang tersusun menyebabkan ia menjadi tanda tanya. Kejayaan pyswar UBN itu juag disebabkan kelemahan pihak Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat. Ada ketikanya pihak Pakatan Rakyat tanpa disedari menuruti gendang yang dipalu oleh musuhnya.

Kemuncak kepada desas desus itu apabila beberapa orang yang kecewa dalam Pas dan termakan dengan pujuk rayu pihak Umno telah mengistyharkan diri menyertai parti itu beberapa minggu lalu.

Dengan penampilan semua Adun Pakatan Rakyat malam tadi juga diharap ia akan mengisanfkan UBN daripada terus mengadu domba bagi menimbulkan masalah kepada kerajaan Pakatan Kedah. UBN yang kononnya sebuah parti yang menyanjungi tinggi demokrasi hendaklah menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak rakyat pada pilihan raya lalu.

Provokasi melampau dan usaha untuk merogol demokrasi dan menafikan mandat rakyat ia tidak membawa kebaikan kepada parti itu sebaliknya akan dilihat rakyat yang celik sebagai kejahatan yang berterusan. Ada baiknya bagi UBN Kedah daripada mereka berusaha untuk menumbangkan kerajaan kedah diluar edah pilihanraya, lebih afdal kalau mereka berkerja untuk mengukuhkan kedudukan dalaman parti itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan