Isu Kalimah Allah: Calon BN Takut Umum Pendirian

Calon BN Robert Lau tidak mungkin menjadi wakil rakyat yang berkesan kerana mengelak dari mengumumkan pendirian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian di Sarawak.

Calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng mempersoalkan sikap takut dan berdiam diri Robert kerana isu penggunaan kalimah Allah memberi kesan kepada kehidupan beragama masyarakat Kristian di Sibu.

Kira-kira 53 peratus dari 54,695 pengundi berdaftar di Sibu beragama Kristian. Masyarakat Cina membentuk 67 peratus, Dayak 22 peratus dan Melayu-Melanau 10.5 peratus.

Semalam, Robert Lau berkata persoalan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat agama Samawi tidak boleh dijadikan isu, walaupun ia telah menyulitkan kehidupan beragama masyarakat bukan Islam di Sibu.

"Robert mengelakkan diri dari menjawab soalan apakah larangan menggunakan kalimah Allah telah mencabuli hak rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia amnya untuk beragama, seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan untuk masyarakat bukan Islam," kata Wong.

Masyarakat Kristian di Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam upacara dan penerbitan mereka sejak zaman penjajahan.

Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam mncetuskan kontroversi selepas Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan keputusan Kabinet 1986 melarang bukan Islam dari menggunakan beberapa perkataan Arab oleh warta Katolik, The Herald.

Penerbit akhbar itu menang dalam kes mereka yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu, tetapi berakhir dengan kontroversi apabila beberapa rumah ibadat diserang.
Ketika pimpinan Umno-BN mengecam penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, Pakatan Rakyat menunjukkan kematangan dengan menyeru kepada dialog antara cendekiawan agama.

Ketegangan agama berakhir apabila Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengepalai usaha kepada perbahasan dengan menemui ketua-ketua masyarakat Kristian.

"Jelas sekali, Robert mengelak dari menjawab soalan ini kerana beliau tunduk kepada tuan politiknya. Bagaimana mungkin orang seperti ini mampu membawa dan mempertahan hak rakyat Sibu?" kata Wong.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan